MENJELANG hari bahagia yang berbaki beberapa hari lagi, Bunga Citra Lestari menjadi perhatian. Tidak hanya beliau dan bakal suami, malah keluarga bakal mentua juga jadi sorotan ramai.

Bergelar ibu tunggal hampir empat tahun, Bunga Citra Lestari atau BCL memilih mendirikan rumah tangga dengan Tiko Aryawardhana, 43.

Ketua Kantor Urusan Agama, Pasar Minggu, Jakarta Selatan, Daud Damsyik mengesahkan pasangan itu mengemukakan lokasi pernikahan di Badung, Bali.

Diam-diam kasih bersemi, cinta BCL dan Tiko tidak pernah didedahkan media. Hanya selepas berita mereka bakal berkahwin tersebar, baharu ramai menyedari momen hubungan mereka.

Media Indonesia melaporkan keakraban mereka mula terserlah semasa sambutan ulang tahun kelahiran ke-40 BCL pada Mac 2023.

Tak hanya itu, Tiko turut muncul dalam foto keluarga BCL ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Duda anak tiga itu memakai kemeja corak sedondon dengan BCL, ibu bapa dan anak penyanyi itu.

Baca juga: Bunga Cinta Lestari bakal berkahwin kali kedua. Pilih duda anak 3, Tiko sebagai suami baharu

Siapa Tiko atau nama penuhnya Tiko Pradipta Aryawardhana? Berikut info berkaitan:

1-Menurut carian di laman LinkedIn, Tiko berkongsi alma mater yang sama iaitu Universiti Trisakti, Jakarta. Beliau graduan jurusan Ekonomi manakala BCL jurusan Pengurusan.

2-Selepas tamat pengajian pada 2005, beliau kemudiannya menceburi kerjaya dalam industri kewangan iaitu sektor perbankan.

3-Tiko direkodkan bekerja di jabatan Capital Markets Products and Solutions salah sebuah bank di Indonesia.

4-Lelaki itu pernah berkahwin dengan Arina Winarto sebelum bercerai pada Oktober 2021. Mereka kemudian mempunyai tiga cahaya mata.

Baca juga: ‘Seharusnya ini ulang tahun ke-44 kamu.’ Sayu kenang arwah Ashraf Sinclair, luahan BCL undang sebak!

5-Memetik portal Suara.com, Tiko adalah anak kepada arkitek, H. Otis Aryana Prawiradinata.

6- Rumah ibu bapa Tiko dan BCL dikatakan berdekatan antara satu sama lain. Perkara ini turut disahkan oleh Ketua Rukun Tetangga ketika temu ramah media.

BCL terdahulu berkahwin dengan pelakon berasal dari Malaysia, Ashraf Sinclair pada tahun 2008.

Menurut CNN Indonesia, pasangan ini bertemu sewaktu BCL mempromosikan album yang bertajuk Cinta Pertama di Kuala Lumpur.

Memang benar jodoh itu rahsia ALLAH. Dalam satu program berkenaan, arwah Ashraf sebenarnya telah menggantikan rakannya untuk menemuramah BCL.

Iklan

Selepas itu, kisah cinta BCL dan Ashraf berlarutan hingga November 2008 apabila sah bergelar suami isteri di Masjid al Bina Senayan, Jakarta.

Baca juga: “Awak akan selamanya dihati saya,” BCL sambut ulang tahun perkahwinan di pusara Ashraf Sinclair

ashraf sinclair
KENANGAN…BCL ketika bercuti bersama anaknya, Noah dan arwah suami, Ashraf.

Pelakon Gol dan Gincu itu berpindah ke Indonesia dan membina kerjaya sebagai aktor di sana. Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari 2020 akibat kegagalan jantung.

Perkahwinan selama lebih 15 tahun dikurniakan seorang cahaya mata tunggal lelaki, Noah Aidan Sinclair pada 22 September 2010.

Bukan mudah untuk BCL membuka hatinya kepada lelaki baru selepas pemergian suami.

Sehingga kini pelantun lagu Cinta Sejati itu mengakui tidak boleh move on daripada sosok Ashraf. Namun, beliau melihat bahawa kehidupan mesti sentiasa maju.

“Ia bukan move on ya. Tetapi ia lebih kepada bangkit semula. Kalau move on, saya rasa sampai bila pun dengan kesedihan seperti ini saya tidak boleh move on,” kata BCL kepada wartawan dipetik dari Liputan6.

Iklan

Terdahulu, penyanyi berusia 40 tahun itu pernah dikaitkan dengan vokalis Noah, Ariel.

Baca juga: BCL sedih dan sakit hati jadi mangsa body shaming, akui Ariel lelaki baik

Sumber: CNN, Suara.com 1, 2, DetikHOT

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!