Beby Acha kongsi kenangan raya bersama Achik Spin

BEBY ACHA
BEBY ACHA
A
A
A

KELIBAT penyanyi ini dalam industri hiburan barangkali masih asing lagi. Namun lagunya bersama Azarra Band, Jaga Jaga sudah menjadi siulan ramai.

Namun bukan kisah kerjanya yang ingin diperkatakan sebaliknya kenangan raya bersama penyanyi popular suatu ketika dahulu, Allahyarham Achik Spin.

Pastinya ramai tertanya-tanya apa kaitan Achik Spin dengan penyanyi yang dikenali menerusi nama pentas Beby Acha ini.

Sebenarnya Beby Acha merupakan adik kepada arwah Achik dan juga kakak kepada penyanyi Tajul Ariff.

“Tidak ramai tahu saya adalah adik Achik dan kakak kepada Tajul sebab saya tak pernah berkongsi hal itu ketika mula menceburi bidang seni pada tahun 2019.

“Kebanyakan orang yang tahu sendiri mengenai perkara itu (pertalian keluarga),” ujar Beby Acha yang merupakan bakat baharu di bawah syarikat pengurusan Rusa Music & MVM.

Berkongsi mengenai sambutan Aidilfitri tahun ini, Beby atau nama sebenarnya Nur Aishah Md. Shari berkata, dia pulang ke Labu, Negeri Sembilan lebih awal bagi berkumpul bersama keluarga dan sempat melakukan tradisi masyarakat di sana iaitu mantai.

“Kalau orang Negeri Sembilan, biasalah dengan mantai, iaitu persiapan menyambut Ramadan atau Syawal.

“Lepas dua tahun beraya bersendirian akibat Covid-19, tahun ini saya gembira sangat bila dapat pulang ke kampung dan berkumpul bersama keluarga,” katanya yang menyediakan sambal taucu sebagai juadah wajib pada Aidilfitri.

Ditanya kenangan raya bersama arwah abang tersayang, Beby Acha berkata, biarpun sudah 12 tahun Achik meninggal dunia, namun momen ketika beraya bersama masih tersemat di fikirannya.

“Jarak usia kami lapan tahun, ketika arwah meninggal dunia, saya sudah pun berusia 19 tahun. Jadi banyak jugalah kenangan Aidilfitri bersama arwah.

“Kegemaran dia adalah bakar mercun dalam terowong, jadi bunyi letupan itu lebih kuat. Kadangkala ada sahaja idea nakalnya ketika bermain mercun.

"Mungkin bagi orang lain ia perangai biasa remaja lelaki, tetapi bagi saya, ia adalah kenangan manis yang tinggal.

“Bila raya, arwah tidak kedekut untuk belanja adik-adik dan beri duit raya,” jelasnya yang turut tampil dengan lagu raya bersama artis Rusa Music & MVM berjudul Riang Ria Aidilfitri.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca