8 bulan bedah tulang belakang melengkung skoliosis, besi di kiri kanan tubuh, Zamani lebih sakit, masih solat duduk

A
A
A

PENYANYI dan vokalis Slam, Zamani Ibrahim menderita skoliosis meruntun hati para peminat. Keadaannya yang membongkok ketika membuat persembahan mengundang air.

Dalam perkembangan terkini, pelantun Kembali Terjalin itu telah melalui pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung pada November lalu dan sedang melalui proses pemulihan.

Biarpun keadaan semakin baik, beliau mengakui masih menahan kesakitan pada masa tertentu.

BESI DI KIRI KANAN TUBUH

Penyanyi berusia 52 tahun itu mengakui tempoh pemulihan yang dilalui tidak seperti apa yang dijangkakan sebelum menjalani pembedahan itu.

"Kalau ikutkan keadaan saya sudah 80 peratus baik. Bagaimanapun, badan saya mungkin masih perlu masa untuk sesuaikan dengan keadaan sebab ia bukan yang original (tulang asal).

“Saya fikir lepas pembedahan boleh rasai apa itu normal, tapi sampai sekarang belum dapat keselesaan seperti yang saya impikan.

“Rasa sakit itu bukan berpunca daripada besi yang digunakan untuk betulkan bahagian tulang belakang tetapi disebabkan besi sokongan lain yang perlu dimasukkan pada bahagian kiri dan kanan tubuh,” katanya ketika ditemui pada sesi wawancara sempena Konsert Nurkasih di studio di Ukay Perdana, Ampang baru-baru ini.

Baca juga: Kenali penyakit skoliosis yang dideritai penyanyi Zamani Slam. Ini fakta yang perlu kita tahu

Keadaan tubuh Zamani sebelum dan selepas pembedahan.

Konsert Nurkasih turut dijayakan anggota Slam yang lain seperti, Shah (gitaris), Eddie (keyboard), Lili (bes) dan Man (dram), dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, pada 6 Ogos ini.

Tambah Zamani, kesakitan yang dialami lebih menyeksa berbanding sebelum menjalani pembedahan. Namun, beliau itu tidak sesekali menyesali keputusan melakukan pembedahan.

Bahkan kesakitan itu masih boleh ditanggung dan ia bukanlah pada tahap yang membimbangkan.

Baca juga: Zamani sudah dibenarkan keluar hospital

Isteri Zamani,Juliana Abdul Rani setia menemani suaminya.

"Saya ada juga berjumpa dengan doktor dan dia maklumkan tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan dan tubuh saya akan boleh menerima sedikit masa lagi.

"Alhamdulillah, saya lebih bersyukur dengan keadaan sekarang cuma kena biasakan diri dengan rasa sakit itu,” jelasnya.

BERJAGA-JAGA

Justeru, Zamani masih berjaga-jaga melakukan sebarang aktiviti harian biarpun pergerakannya masih lagi terbatas.

“Saya masih tak boleh mencangkung dan solat seperti biasa. Kena solat duduk di kerusi.

"Bagaimanapun saya tetap teruskan aktiviti seni seperti biasa, kalau penat saya duduk," ujarnya.

Baca juga: 'Kita tidak tahu apa yang akan terjadi selepas pembedahan nanti'. Zamani mahu terus hiburkan peminat

Baca juga: Masalah tulang belakang bengkok boleh terjadi seawal usia kanak-kanak lagi. Ini langkah pencegahan boleh diambil

Keadaan Zamani membongkok ketika membuat persembahan tular sekali gus meruntun hati peminat.

Terdahulu, Zamani menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis pada November tahun lalu.

Prosedur membetulkan tulang melengkung di sebuah hospital swasta itu mengambil masa hampir tujuh jam dan penyanyi berkenaan perlu ditidurkan sebelum pembedahan dilakukan.

Perkembangan proses pembedahan penyanyi itu turut dikongsikan pengacara dan selebriti popular, Datuk Aznil Nawawi menerusi Instagram miliknya.

Baca juga: Postur badan ketika tidur pun penting untuk tulang, elak terkena skoliosis

Baca juga: [VIDEO] Remaja perempuan dilayan bak puteri rupanya hidap skoliosis

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca