Ben Amir jaga eksklusiviti, elak kongsi perkara tidak perlu di media sosial

Untitled design - 2021-04-28T154922.633
Untitled design - 2021-04-28T154922.633
A
A
A

JIKA kebanyakan selebriti lebih senang berkongsi aktiviti rutin atau perkembangan mereka menerusi media sosial, lain pula pendekatan yang diambil oleh pelakon, Ben Amir.

Menurut Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 31, dia lebih senang menjaga eksklusiviti dan tidak terlalu berkongsi perihal peribadi menerusi media sosial.

Biarpun menyedari zaman kini sudah jauh berbeza dan kerjaya seni menuntut seseorang artis itu mendekati peminat menerusi medium berbeza seperti media sosial, namun pelakon yang melonjak naik menerusi drama Sweet Dreams itu mempunyai pendapat sendiri.

“Saya memang jaga eksklusiviti sebab lagi susah nak jumpa, lagi mahal benda itu dan buat orang tertunggu-tunggu. Disebabkan itu, saya jarang berkongsi kehidupan peribadi di media sosial.

“Bagi saya strategi ini ‘menjadi’ untuk kerjaya saya sebab buat peminat lagi tertunggu-tunggu (perkembangan kerjaya),” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta Puma Malaysia x Al-Ikhsan di The Curve, Mutiara Damansara baru-baru ini.

Tambah Ben, tidak adil untuk melabelkan dia sebagai sombong, hanya kerana dia mempunyai pendirian sebegitu.

“Sesiapa yang kenal saya, tahu saya macam mana orangnya. Perkataan sombong itu tak pernah wujud dalam hidup saya.

“Tak adil untuk labelkan saya sombong, hanya kerana saya mempunyai pendirian berbeza daripada artis lain,” jelasnya.

Dalam pada itu, berkongsi aktivitinya sepanjang bulan Ramadan ini, Ben berkata, dia tidak terlibat dengan sebarang penggambaran kerana mengambil cuti panjang bagi memberi fokus untuk beribadah.

“Kalau tahun lalu, saya memang berehat ketika bulan puasa sebab tak boleh nak jalani penggambaran akibat Covid-19. Tahun ini saya buat keputusan tak ambil apa-apa tawaran sepanjang Ramadan bagi memberi tumpuan beribadah.

“Tak dinafikan tawaran memang banyak, tetapi saya terpaksa tolak kerana tidak mahu bawa watak sama sahaja. Kalau boleh saya mahu tampil dengan watak berbeza yang memberi cabaran buat saya,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai pelantikan sebagai duta Puma, Ben berkata, kerjasama itu ibarat impian yang menjadi kenyataan.

Katanya, dia sudah lama menyimpan impian untuk menjadi duta kepada jenama yang gah di persada dunia.

“Ini memang impian saya. Saya rasa ramai tahu saya seorang yang aktif dalam kecergasan, jadi bila dapat bergabung dengan Puma dan Al-Ikhsan, secara tidak langsung menjadi platform untuk saya menyebarkan kesedaran tentang kesihatan,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca