“ALHAMDULILLAH hari ini berangkat saya sekeluarga untuk menunaikan umrah buat pertama kali.”

Begitu coretan penyanyi, Aliff Aziz di Instagram miliknya sebentar tadi.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Aliff memohon orang ramai mendoakan keselamatannya sepanjang menunaikan umrah bersama isteri, Bella Astillah.

“Mohon semua doakan semoga kami selamat pergi dan kembali,” tulisnya.

Dalam pada itu juga, Juara Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) itu juga memohon maaf kepada mana-mana pihak yang pernah tergores dengan perbuatannya.

Iklan

“Kepada semua yang pernah terguris hati dengan apa-apa perbuatan saya, mohon dimaafkan ya.

“Semoga perjalanan ini dilindungi dan dirahmati ALLAH Azzawajal dan menjadi asbab kebaikan kita semua insyaallahuta’ala,” ujarnya.

Baca juga “Awak ‘Perform’ Lebih Daripada Jangkaan”- Bella Astillah Kongsi Kesungguhan Aliff Aziz Sepanjang 10 Minggu Gegar Vaganza 8

Sebelum ini, Bella pernah memaklumkan rancangan mereka menunaikan umrah ini sekali gus menyambut ulang tahun suaminya pada 16 Februari ini.

Iklan

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna. Mereka pernah berpisah pada 16 Mei 2019 rujuk kembali ketika Bella dalam tempoh iddah.