Bercuti bersama billionaire negara, ramai netizen cemburukan Hairul Azreen sekeluarga
‘TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu’. Rasanya pepatah ini sesuai untuk menggambarkan rezeki di awal tahun 2022 yang diterima pelakon dan pengarah, Hairul Azreen sekeluarga.
Jika tahun lalu, Hairul dan Hanis Zalikha bersama dua anak mereka, Yusuf Iskandar, 5, dan Alisa Aisyah, 3, dijemput menaiki kapal mewah oleh Tan Sri Vincent Tan, kini, mereka sekeluarga dijemput bercuti bersama jutawan itu.
“Bila Tan Sri call (hubungi) saya, tak sangka rezeki ini yang nak sampai. Permulaan yang baik tahun 2022. Rezeki anak-anak.
“Perjalanan menjangkaui imaginasi. Sangat bertuah dijemput oleh Tan Sri Vincent dalam percutian impian ini.,” tulis Hairul di akaun Instagramnya.
Biarpun tidak berkongsi lokasi percutian secara spesifik, namun ada netizen yang meneka, mereka kini berada di pulau sekitar Sabah.
Keluarga kecil itu terlebih dahulu diterbangkan dengan jet peribadi milik Vincent sebelum menaiki kapal mewah miliknya.
Bahkan Hairul memberitahu, Vincent terus melabuhkan kapal di persisiran pantai sebaik mendengar Yusuf mahu bermain pasir.
Rata-rata netizen sempat mengusik bahawa mereka sekeluarga sudah seperti anak dan cucu angkat kepada Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Berjaya Corporation Bhd itu.
“Dah macam anak dengan cucu angkat Tan Sri pulak…” tulis seorang pengikut Instagram Hairul.
“Dia masuk peraduan ape erk.. Dapat bercuti dengan Vincent Tan,” usik salah seorang netizen.
View this post on Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang