SEJAK beberapa jam lalu, berita mengenai keadaan naib juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Ebi Kornelis yang ditidurkan akibat keadaan kesihatan merosot setelah dijangkiti Covid-19 mula bertebaran di media sosial.

Bagaimanapun rakannya yang juga penyanyi terkenal, Azharina Azhar memaklumkan Ebi, 38, sudah pulih dan akan dibenarkan keluar dari Pusat Kuarantin dan Rawatan (PKRC), kampus Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), pada Sabtu.

“Insya-ALLAH Ebi akan dibenarkan balik hari ini, manakala bapanya sudah dibenarkan balik kelmarin,” kongsinya menerusi akaun Facebook.

Sebelum ini, tersebar berita mengenai Ebi dan bapanya, Yaimal Muhammad, 74, akan ditidurkan dan ia turut dikongsikan Azharina sendiri.

Iklan

Bagaimanapun sumber terdekat Ebi memaklumkan berita itu adalah palsu.

Iklan
Ebi dan kedua ibu bapanya dijangkiti Covid-19 pada awal Ogos lalu. Bagaimanapun ibu Ebi meninggal dunia pada 10 Ogos lalu.

Sebelum ini, Ebi dan kedua ibu bapanya disahkan positif virus pandemik itu. Namun ibu Ebi, Reni Bakar, 81, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu pada 10 Ogos lalu.