Berpisah jalan terbaik, Hisyam Hamid sahkan ikatan 18 tahun terlerai. 'Saya tidak mahu satu titik hitam musnahkan segalanya'

A
A
A

PELAKON kelahiran Singapura, Hisyam Hamid mengesahkan khabar angin berkaitan kemelut yang melanda rumah tangganya. Dalam satu temu ramah bersama portal hiburan, pemilik nama Hazmi Hisyam Abdull Hamid itu mengesahkan beliau sudah berpisah dengan isteri, Rosmawati Hanafi.

Ujar dramatis berusia 38 tahun itu, beliau dengan Rosmawati atau lebih mesra disapa Mel akui selesa menjalinkan hubungan sebagai kawan baik sahaja.

"Buat masa ini kami selesa berkawan baik. Lebih daripada itu saya tidak pasti, biar masa yang akan tentukan.

"Saya tidak nak sebab satu titik hitam yang berlaku, musnahkan segalanya.

"Masing-masing sudah meminta maaf. Buat masa ini, jalan terbaik adalah dengan tidak lagi menjadi suami isteri," katanya.

Tidak hanya itu, aktor Memori Cinta Suraya itu mengakui beliau dan Mel sepakat untuk melupakan perkara yang terjadi selain mahu meneruskan kehidupan masing-masing dan menghormati kedudukan Rosmawati sebagai ibu kepada cahaya matanya.

Baca juga: Dikatakan seiras wajah Hisyam Hamid, Farhan Asri masih sedar diri

Baca juga: Syarikat suplemen censor wajah Ruhainies dalam iklan, tegaskan tidak sokong kelakuan buruk atau kontroversi

"Beliau adalah ibu kepada anak-anak saya. Hampir 20 tahun kami bersama.

"Sepanjang 20 tahun itu tidak semuanya negatif dan banyak perkara baik yang berlaku.

"Itu adalah pengorbanan besar yang paling besar bagi seorang wanita melahirkan anak-anak.

Baca juga: 15 info tuntutan mutaah & harta sepencarian wanita bercerai berhak dapat daripada bekas suami

Baca juga: 'Saya tak mahu menyusahkan...' Datin Red tak buat sebarang tuntutan, sempat bermaafan sebelum cerai, Datuk Red kini menduda

Sebelum ini, Personaliti Lelaki Paling Popular, Pesta Perdana Singapura ke-16 itu memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai rumah tangganya kerana tidak mahu menjejaskan anak-anak.

Tambahnya, bekas isterinya itu masih kekal sebagai pengurusnya dan mereka juga tetap berkomunikasi baik setiap hari.

Sekadar info, Hisyam dan Mel mendirikan rumah tangga pada 2006.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15.

Sumber: OhBulan, Sinar Harian (Aqmar Mustaza)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca