SYARIKAT suplemen, Kitsui Malaysia bertindak mengaburkan paparan wajah pelakon Ruhainies di dalam iklan pendeknya di laman sosial.

Jenama itu mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merungkai kekeliruan ramai berkaitan video berdurasi 9 saat itu.

Menurutnya, pemilihan tiga influencer untuk menjadi wajah iklan tersebut telah dibuat lebih awal kira-kira empat bulan lepas manakala pengambarannya pula dua bulan lalu.

“Sempena bulan Ramadan ini, Kitsui dengan rendah diri ingin memohon ampun dan maaf diatas segala kesulitan dan kekeliruan yang berlaku terutama hantaran kami yang melibatkan seorang artis terkenal tanah air.

Baca juga: Akui kekhilafan diri, Aliff hanya kawan biasa, Ruhainies dedah situasi sebenar isu tangkap basah

Baca juga: ‘Ini jalan terbaik, cinta tak seharusnya memiliki.’ Bella Astillah nekad berpisah dengan Aliff Aziz

Baca juga: Aliff Aziz buka mulut, kongsi cerita sebenar khalwat dengan Ruhainies. ‘Hanya makan-makan bersama keluarga’

“Penggambaran iklan produk ini menggabungkan tiga artis terkenal tanah air iaitu Wany Hasrita, Hisyam Hamid dan Ruhainies.Pemilihan mereka bertiga untuk menjayakan rakaman setelah penelitian rapi dilakukan pada Oktober 2023.

“Berhubung dakwaan ditangkap khalwat yang dihadapi oleh salah seorang pelakonnya, kami berharap ia tidak memberi kesan kepada tayangan iklan itu siap dirakamkan pada Disember 2023 dan seramai 100 krew produksi yang terlibat dalam menjayakan iklan ini,” kata kenyataan itu.

 

Kitsu menyatakan keputusan mengaburkan wajah pelakon wanita itu dibuat kerana pendirian mereka tidak sokong kelakuan buruk atau sebarang kontroversi.

Baca juga: Isu 3 pagi tidak benar, Risteena dedah bukti perbualan bersama Ruhainies di WhatsApp

Baca juga: Video ibu Bella Astillah runtun hati warga maya. ‘Jika lelaki menyakitimu, pulanglah ke pangkuan keluarga’

Iklan

‘Kitsui tidak menyokong mana-mana pihak, kelakuan buruk atau kontroversi,” tegasnya.

Terdahulu, Ruhainies mencetuskan kontroversi disebabkan isu ‘tangkap basah’ yang mengaitkan dirinya bersama artis kelahiran Singapura, Aliff Aziz.

Berita tersebut mencetuskan kemarahan ramai. Malah Bella Astilah yang merupakan isteri Aliff telah mengemukakan permohonan penceraian.

Namun Ruhainies dalam kenyataannya mengatakan beliau dan Aliff tidak berkhalwat seperti yang diperkatakan.

Aktres berusia 31 tahun itu mengakui kekhilafan dirinya kerana sedar situasi dirinya ketika itu mengundang syak wasangka.

Iklan

Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!