BERITA mengejutkan buat peminat pelakon Hairul Azreen apabila bintang aksi itu mengumumkan persaraannya dari dunia seni. Perkara tersebut dimaklumkan Hairul sendiri menerusi siaran langsung segmen 3 Pagi Era.

Hairul yang menjadi tetamu jemputan membuat keputusan tersebut selepas merasakan dia sudah puas berada di dalam industri lebih 15 tahun.

“Saya Hairul Azreen saya hendak mengumumkan yang saya berhenti berlakon for good.

“Sebab saya sudah buat semua benda saya dan dah jadi seorang pelakon stunt, pelakon filem.

“Kemudian saya doa untuk jadi hero filem dan ALLAH makbulkan pula sekarang saya jadi action hero filem dalam Malbatt.

“Malah filem-filem saya seperti Paskal membuatkan 40 peratus orang jadi tentera.

“Dan insya-ALLAH, Malbatt: Misi Bakara filem yang terakhir saya sebagai pelakon dan tentera,” katanya.

Baca juga: “ACL lutut kiri saya putus” – Hairul Azreen ‘rehat’ shooting The Original Gangster

Pengumuman suami kepada Hanis Zalikha itu meluncur spontan, membuatkan tiga penyampai radio di konti iaitu Radin, Azad dan Linda Onn bertanya berulang kali.

“Ini betul, sebab ALLAH sudah bagi saya macam-macam melainkan saya menjadi manusia yang tak bersyukur.

“Saya dah buat belakang tabir, jadi stuntman, pelakon extra, investor filem, pengarah, produser semua benda saya dah lalui.

“Perjuangan saya biarlah saya akhir dengan filem yang membanggakan saya iaitu Malbatt,” ujarnya.

Baca juga: [VIDEO] Bertuahnya, Hairul Azreen dan keluarga diajak Tan Sri Vincent Tan naik jet peribadi, kapal layar mewah

Tidak hanya itu, Hairul yang juga pelakon Polis Evo 2, Operasi X, Abang Long Fadil 3 dan The Assistant turut berkata membuat keputusan demi memfokuskan kepada keluarga.

“Saya akan aktif di media sosial, cuma berlakon tidak lagi kerana saya tidak mahu sia-siakan masa bersama ibu bapa saya dan anak-anak.

“Bayangkan apabila berlakon, saya akan fokus dengan satu watak dan ‘buat badan’ selama enam bulan.

“Sehinggakan anak-anak membesar dengan cepat tanpa saya sedari dan saya tidak dapat bersama mereka ketika proses itu.

“Jadi saya dan Hanis selepas ini akan fokus pada perniagaan pula,” ujarnya.

Hairul sememangnya terkenal dengan filem aksi. Keputusan bekas atlet Selangor dalam acara taekwondo Sukma 2004 itu mengejutkan ramai.

Warga maya menzahirkan ucapan selamat maju jaya buat Hairul dan dalam masa yang sama memuji keputusan beliau untuk menumpukan kepada keluarga dan perniagaan.

Baca juga: Bercuti bersama billionaire negara, ramai netizen cemburukan Hairul Azreen sekeluarga

– “That’s a very breaking news. Betul, sampai bila nak berlakon kan? Kena ada backup plan. Sudah buat business okay la. Nanti tua ada saving cukup untuk masa depan anak-anak. It’s time to focus on family and business. Anyway, gonna miss him as a great action star.”

Iklan

– “Antara sifat-sifat terpuji ialah berundur ketika berada di puncak untuk meluangkan masa dengan keluarga. Semoga ALLAH sentiasa merahmati.”

– “Saya minat lakonan Hairul especially action dan military. Suka tengok cara beliau berlawan. Filem Paskal dan Wira beberapa kali ulang.”

– “Salute, hopefully your next chapter will fill with blessings and joy , aamin.”

– “Lain cara pemikiran beliau. Salute! Tidak tamak mengejar populariti dan wang. Beliau cukup dengan apa sudah dicapai.”

– “Apa yang Hairul cakap itu betul, anak-anak membesar sekejap sahaja. Kalau terlepas momen-momen itu tidak akan dapat kembali. Duit boleh cari dan sampai mati pun tak pernah cukup.”

Hairul berkahwin dengan Hanis Zalikha pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusof Iskandar, 7, dan Alisa Aisyah, 4.

Baca juga: ‘Cantiknya Alisa. Sekejap jer dah besar.’ Hanis Zalikha kongsi video anak sambut hari lahir di spa kanak-kanak bikin warga maya teruja

Malbatt: Misi Bakara buah tangan terakhir

Iklan

Malbatt: Misi Bakara adalah buah tangan terakhir Hairul buat para peminat. Beliau yang memegang watak Ismail dalam kisah konvoi pasukan Malaysia memasuki Pasar Bakara bagi menyelamatkan tentera elit US Rangers dan juruterbang helikopter Black Hawk yang terperangkap di lokasi pada malam 3 Oktober 1993.

Bakal menjengah panggung pada 24 Ogos, ia menampilkan barisan pelakon seperti Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Nafiez Zaidi, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Ikhram Juhari, Safwan Nazri, Gambit Saifullah dan Theebaan G.

Istimewanya, filem ini adalah berdasarkan kejadian dan fakta sebenar pertempuran dua hari pada 3 Oktober 1993 di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia yang tidak begitu diketahui orang ramai.

Seramai 114 anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (Malbatt) 1 terbabit dalam misi pengaman di Somalia pada 1992 hingga 1995.

Baca juga: Nostalgia Pulut Panggang, Hanis Zalikha terkenang kepayahan ibu dan bapanya berniaga di tepi jalan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!