'Biar saya jadi jenazahnya.'- Fazley tawar diri jadi ‘model’ untuk kelas anak
TUGAS menguruskan jenazah hukumnya ialah fardu kifayah. Kewajipan ini mesti dilakukan oleh terhadap saudaranya yang meninggal dunia. Kepada mereka yang menguruskan jenazah, ALLAH SWT menjanjikan ganjaran yang begitu hebat.
Bagaimanapun ilmu pengurusan jenazah sering kali tidak diambil peduli oleh sebahagian masyarakat.
Apabila berlaku kematian dalam kalangan ahli keluarga menyebabkan mereka tidak tahu untuk menguruskan jenazah terbabit. Lebih afdal anak mengurus jenazah ibu dan bapa.
Baca juga: Kematian dicemburui husnul khatimah, wanita meninggal dunia dalam sujud
Maka sebab itulah kita digalakkan untuk belajar tentang cara-cara menguruskan jenazah agar apabila ada ahli keluarga yang meninggal dunia, kita sendiri boleh menguruskannya.
Masyarakat terutama anak muda perlu mengambil tahu dan mempelajarinya seperti bidang lain kerana kematian ialah hakikat yang pasti berlaku.
Baca juga: Jangan panik, kalut, 10 perkara perlu buat apabila ahli keluarga meninggal dunia
Melalui satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi tentang kelas pengurusan jenazah yang disertai oleh anaknya baru-baru ini. Permata hatinya itu akan mempelajari secara praktikal memandikan jenazah.
“Serius? Ramai pula yang bertanya kepada saya, memang benar anak-anak saya ada mengikuti kelas pengurusan jenazah bersama seorang ustaz. Ada kelas praktikal juga. Ustaz ada bertanya sama ada hendak tengok video atau penerangan sahaja. Saya cakap, buat sahaja latihan yang betul.
“Ustaz bertanya pada saya bagaimana dengan jenazah? Adakah hendak menggunakan patung? Saya beritahu ustaz, tidak mengapa, biar saya yang jadi jenazah. Satu hari nanti anak-anak saya perlu buat betul-betul,” kata Datuk Fazley.
Perkongsian Datuk Fazley telah berjaya menarik perhatian ramai warga maya. Rata-rata warga maya memuji tindakan beliau memberi pendedahan awal kepada anak-anaknya tentang ilmu pengurusan jenazah.
Berikut antara komen-komen daripada warga maya:
- “Ilmu yang sangat berguna.”
- “Terbaik Datuk. Walaupun terasa sebak, saya rasa tindakan Datuk memang bijak. Bertuah anak-anak Datuk.”
- “Tahniah, Datuk. Semoga menjadi pelajaran amali yang paling berkesan kepada anak-anak.”
- “Betul setuju. Bagi anak-anak uruskan jenazah ayah sendiri. Suatu masa nanti tidak perlu suruh orang lain yang buat.”
- “Allahuakbar..seorang bapa yang baik.”
- “Lebih praktikal kalau manusia betul.”
- “Terbaik Datuk. Satu hari nanti semua akan alami keadaan ini. Anak-anak akan lebih memahami dan menghayati.”
- “Alhamdulillah, belajar dan sama-sama mengajar anak-anak. Tahniah Datuk Fazley.”
Baca juga: Kematian akibat kebakaran, jenazah perlu dimandikan atau cukup hanya tayamum?
Sumber: Datuk Fazley Yaakob
Oleh: Norhasliza Mohd Shafi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang