‘Bidadari tanpa sayap itu wujud di dunia ini,’ komen PU Riz pada foto isteri curi perhatian

SEBUAH posting berbentuk foto dikongsikan pengacara dan usahawan popular, Noor Neelofa mencuri perhatian ramai selepas suami tersayang, Haris Ismail ata PU Riz turut menitipkan komen memuji isteri tercinta.

Menerusi foto itu, ibu kepada dua cahaya mata itu terlihat cantik mengenakan persalinan kasual bersama tudung koleksi terbaharu daripada Naelofar.

“Chilling with Melur before she hits the stores in 6 days. Who’s excited?,” tulisnya.

Menjengah ruangan komen, ramai yang menitipkan komen pujian terhadap penampilannya itu, termasuklah suaminya, PU Riz.

“Setelah melihat post ini, benar dan yakin bidadari tanpa sayap itu wujud… di dunia ini…,” coret PU Riz sehingga menerima hampir 3000 tanda suka pada komen berkenaan.

Baca juga Cepat lembut, cair macam ais, Neelofa kongsi cara pujuk suami buat ramai tersenyum

Posting demikian membuatkan ramai mengakui suami kepada pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 34, itu sangat ‘sweet’.

“Sekali abang Haris sweet, memang sweet bukan main eh… cantik kan Neelofa kita.”

“Tertutup pun masih menyerlah kecantikannya. Untung betul!”

Iklan

Baca juga Abdullah Abbas nama putera kedua Neelofa

Kredit foto: Instagram Neelofa

“Lawo bidadari PU Hariz ni, semoga istiqamah ke jalan yang diredai ALLAH SWT.”

Sehingga kini, hantaran yang dibuat naik hos program Next To Neelofa itu sudah pun menerima lebih 98,000 tanda suka.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!