Bintang James Bond, Sean Connery meninggal dunia

Sean Connery - SinarPlus
Sean Connery - SinarPlus
A
A
A

PELAKON lagenda Hollywood, Sean Connery meninggal dunia pada Sabtu, ketika berusia 90 tahun.

Berita duka tersebut disampaikan oleh ahli keluarganya kepada pihak media, namun buat masa ini tidak dinyatakan punca kematiannya.

Aktor yang cukup popular dengan watak James Bond itu pernah merangkul pelbagai anugerah termasuk Anugerah Oscar, dua Anugerah Bafta dan Golden Globes, sekali gus menjadikannya antara pelakon paling berjaya pada era kegemilangannya.

Meskipun ramai hero yang muncul dengan watak James Bond selepasnya, Connery dianggap sebagai pemain 007 paling hebat dalam siri filem tersebut.

Selain filem perisikan itu, Connery turut membintangi filem The Name of the Rose, The Untouchables, Indiana Jones and the last Crusade, The Hunt for Red October dan lain-lain.

Connery pernah berkahwin dengan pelakon Diane Cilento pada tahun 1962, sebelum bercerai pada 1973. Connery mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama seorang pelukis, Micheline Roquebrune pada tahun 1975.

Connery baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke-90 pada 25 Ogos lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca