Bintang James Bond, Tanya Roberts meninggal dunia

Untitled design (37)
Untitled design (37)
A
A
A

PELAKON popular era 80-an, Tanya Roberts meninggal dunia pada usia 65 tahun pada petang Isnin lalu.

Menurut laporan media, bintang siri filem Bond dan Charlie’s Angel itu pengsan ketika membawa anjingnya bersiar-siar di kawasan rumahnya di Los Angeles pada 24 Disember lalu.

Beliau kemudiannya dikejarkan ke Pusat Perubatan Cedars-Sinai, Los Angeles.

Bagaimanapun Tanya dilaporkan meninggal dunia pada Ahad selepas teman lelakinya, Lance O’Brien yang memberitahu media berita sedih itu.

Namun perkara itu disangkal tidak lama kemudian dan Tanya disahkan masih hidup pada pagi Isnin, sebelum disahkan meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan pada salur kencing.

Sepanjang berkecimpung dalam dunia seni perfileman Hollywood, mendiang cukup terkenal sebagai gadis Bond ketika membintangi filem A View to a Kill dan pernah memegang watak dalam siri televisyen Charlie’ Angels.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca