Bintang Marvel, Elizabeth Olsen pecah rahsia sendiri

Untitled design (7)
Untitled design (7)
A
A
A

BINTANG Marvel yang terkenal dengan watak Wanda Maximoff, Elizabeth Olsen secara tidak sengaja telah mendedahkan status terkininya.

Menerusi sesi temu bual bersama Kaley Cuoco mengenai projek terbaharunya dalam WandaVision bersama Disney+, Olsen telah menyebut pasangannya, Robbie Arnett sebagai suami.

“Saya berada di dalam bilik mandi (ketika sesi temu bual dijalankan) kerana jiran saya sedang membuat proses ubah suai di halaman belakang mereka. Tetapi saya masih boleh mendengarnya walaupun berada di bilik mandi paling jauh,” ujarnya seperti dilaporkan eonline.

Semasa menerangkan situasinya, bintang berusia 32 tahun itu menyedari terdapat hiasan comel di belakangnya.

“Saya baru sedar suami saya meletakkan Little Miss Magic, awak tahu, buku Little Miss Magic?," katanya merujuk kepada hiasan yang dibuat Arnett.

Bagaimanapun Elizabeth yang mesra disapa dengan panggilan Lizzy tidak berkongsi butiran lanjut mengenai perkahwinannya itu. Seperti diketahui umum, pelakon itu sememangnya menjaga kisah peribadinya.

Namun hubungannya dengan pemuzik Milo Greene itu sudah diketahui  selepas mereka mengikat tali pertunangan pada tahun 2019 setelah bercinta selama tiga tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca