SEJAK kebelakangan ini karya terbitan negara Turki mula mendapat perhatian penonton tempatan.

Baik drama mahupun filem, industri hiburan dari negara itu mula mempamerkan reaksi positif dalam kalangan penonton.

Salah satu karya yang menjadi sebutan ialah Water dan Fire atau Su ve Ates. Pastinya ada antara kita yang sudah sudah menonton filem tragis romantik itu.

Rata-rata penonton memberikan tanda suka kepada filem gandingan Ozcan Deniz dan Yasemin Allen itu.

Diterbitkan sekitar tahun 2013, filem tersebut menceritakan tentang seorang ketua kumpulan kongsi gelap yang cintanya tidak mendapat restu keluarga.

Buat mereka yang masih belum menonton, pastikan bekalan tisu yang cukup kerana pengakhiran kisah romantik itu pasti membuatkan anda menitis air mata.

Selain filem itu, terdapat beberapa naskhah lain yang berbaloi untuk ditonton apatah lagi bagi menghilangkan rasa bosan dan mengisi masa lapang duduk di rumah.

Jadi apa kata, jom tonton lima filem dari negara Turki yang sememangnya tidak mengecewakan:

 

1. Paper Lives (Kagittan Hayatlar)

Filem ini banyak mengangkat tentang kehidupan masyarakat yang berdepan dengan isu sosial dan kemiskinan.

Plot penceritaan yang kemas dalam menterjemahkan permasalahan yang dianggap tabu seperti kesihatan mental dan penderaan.

Filem ini turut mendapat undian penonton sebanyak 84 peratus di Rotten Tomatoes.

Bintang: *****
Tahun terbitan: 2021

 

2. Miracle In Cell no.7 (Kogustaki Mucize)

Filem ini merupakan karya adaptasi naskhah Korea Selatan yang juga menggunakan tajuk sama.

Memiliki jalan cerita yang sedih dan menyayat hati melibatkan kasih sayang seorang ayah terhadap anak perempuaannya.

Bintang: *****
Tahun terbitan:2019

 

3. Only You (Sadece Sen)

Bekas peninju bernama Ali berusaha untuk meneruskan kehidupan selepas tertekan setelah berdepan dengan kegagalan dan kekecewaan akibat masa silamnya.

Berusaha untuk memperbaiki kehidupan, Ali bertemu dengan Hazel yang merupakan seorang wanita cacat penglihatan.

Memiliki elemen romantik dan kesetiaan, filem Only You menggambarkan tentang pengorbanan dan kejujuran dalam hubungan.

Bintang: ****
Tahun terbitan:2014

Iklan

 

4. My Father (Babam)

Mengisahkan tentang seorang lelaki yang meneruskan kehidupan selepas kematian isteri, kegagalan perniagaan dan membesarkan seorang anak autism yang berlaku pada hidupnya dalam sekelip mata.

Berlatar belakang sebuah perkampungan kecil di Gelibolu,Turki, filem ini memberikan gambaran sebenar keadaan penduduk di kawasan pendalaman dalam meneruskan aktiviti harian mereka.

Terdapat beberapa plot penceritaan yang agak sedikit perlahan, namun memiliki mesej yang baik mengenai keluarga dan sifat tanggungjawab.

Bintang: ****
Tahun terbitan:2017

5. Ayla: The Daughter of War

Diangkat daripada sebuah kisah benar mengenai seorang anggota tentera Turki, Suleyman yang terlibat dalam Perang Korea pada tahun 1950.

Iklan

Suleyman telah menyelamatkan seorang kanak-kanak Jepun yang diberi nama Ayla dan kemudian menjaganya.

Kisah yang sarat dengan emosi, filem ini membawa kita menyelami perasaan berperikemanusiaan meskipun ketika itu persekitaran yang sarat dengan pertumpahan dan peperangan.

Filem ini memberi inspirasi dan permainan emosi termasuk memaparkan tentang penderitaan mental serta fizikal yang dialami oleh kanak-kanak akibat peperangan

Bintang: *****
Tahun terbitan:2017

Berikut ini merupakan perkongsian dan pandangan SinarPlus. Bagi anda yang mempunyai cadangan lain, boleh sertakan komen di bawah.

Selamat menonton.

 

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram