Bruce Willis bersara akibat aphasia, berikut fakta penyakit dihadapinya

A
A
A

SIAPA yang tidak mengenali Bruce Willis yang popular dengan lakonan filem Die Hard.

Bruce Willis dikatakan bakal mengakhiri dari membintangi layar Hollywood kerana penyakit aphasia yang dihidapinya ini.

Menurut The Guardian, pihak keluarga Willis memaklumkan bahawa Willis sedang menghadapi masalah kesihatan dan telah didiagnos menghidapi penyakit aphasia.

Mahkota bagi seorang pelakon adalah keupayaan menyampaikan dialog dengan baik.

Baca juga: Will Smith Tampar Pengacara Oscar Seloroh Isteri Botak, Berikut Fakta Alopecia Areata Dihidapi Jada

Tentu sukar buat Willis yang hilang keupayaan berbicara sehingga terpaksa bersara dari dunia lakonan yang diceburinya sejak 1970-an lagi.

Pihak keluarganya berkata setelah membuat pertimbangan adalah baik untuk Willis mengakhiri kerjaya sebagai seorang pelakon.

Menerusi kiriman di laman sosial keluarganya itu, situasi ini merupakan cabaran buat mereka sekeluarga.

Dalam masa yang sama, mereka sangat menghargai kasih sayang sokongan yang diberikan oleh peminat.

Akan tetapi, pihak keluarga Willis tidak menyatakan punca aphasia menyerang aktor berkenaan.

Kredit foto: Getty Images

Menurut MyHealth, penyakit aphasia merupakan satu penyakit yang tidak boleh bercakap selepas diserang penyakit strok.

Bukan itu sahaja, pesakit aphasia turut berhadapan kesukaran untuk memahami pertuturan orang lain, membaca serta hilang keupayaan untuk menulis.

Kebiasaannya, punca utama mereka yang menghidapi aphasia ialah serangan strok.

Bagaimanapun, aphasia juga boleh disebabkan oleh kerosakan bahagian otak yang mengawal percakapan.

JENIS-JENISAPHASIA

Aphasia terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

1-Aphasia Type 1 (Masalah untuk memahami pertuturan)

Individu yang menghidapi aphasiatype 1 boleh mendengar percakapan orang lain tetapi mereka tidak dapat memahami ayat yang disampaikan penutur.

Situasi akan bertambah sukar sekiranya terdapat percampuran bahasa di dalam percakapan seseorang.

Mereka dapat memahami sesuatu berdasarkan penyampaian seseorang dari segi reaksi muka, nada suara dan isyarat perkataan yang menghasilkan percampuran bunyi.

Bagi seseorang yang kurang terjejas dengan aphasia, mereka boleh memahami perbualan singkat tetapi bukan perbualan yang panjang walaupun mereka berupaya menggabungkan perkataan menjadi ayat pendek.

Kredit foto: Getty Images

2-Aphasia Type 2 (Masalah untuk mengenali huruf dan menggabungkan sebagai ayat)

Individu yang mengalami aphasia type 2 berupaya untuk memahami perbualan tetapi menghadapi kesukaran memilih perkataan yang tepat.

Mereka juga keliru tentang perkataan yang berada dalam kelompok kategori sama.

Bagi penghidap aphasia jenis ini yang berada di tahap ringan atau sederhana teruk, mereka hanya mampu menghasilkan perkataan asas.

Ketidakupayaan menghasilkan dan memahami perkataan lengkap menjadikan pesakit aphasia kecewa dengan kekurangan diri.

3-Aphasia Type 3 (Masalah untuk memahami dan mengenali huruf)

Aphasiatype 3 merupakan tahap yang paling teruk kerana pesakit menghadapi masalah pertuturan yang serius.

Golongan ini berkemungkinan boleh memahami sedikit pertuturan dan juga langsung tidak memahami secara keseluruhan.

Direkodkan, pelakon berusia 67 tahun ini mempunyai nilai kekayaan sebanyak USD$250 juta (RM 1.05 billion).

Baca juga: Enggan Memakai Pelitup Muka, Bruce Willis Dihalau Keluar Farmasi

Baca juga: Tangmo Nida: Tiada Bukti Dipukul, Forensik Nafi Dakwaan Mata Lebam, Gigi Patah

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca