BINTANG mega K-pop BTS telah merangkul empat trofi di Anugerah Muzik MTV Eropah (EMA) tahun ini, termasuk anugerah Lagu Terbaik, lapor Agensi Berita Yonhap pada Isnin.

Empat hadiah yang dibawa pulang oleh kumpulan yang dianggotai tujuh ahli itu ialah bagi kategori Lagu Terbaik dengan hit terbaharunya ‘Dynamite’ dan Siaran Langsung Virtual Terbaik untuk konsertnya yang diadakan dalam talian baru-baru ini di tengah-tengah Covid-19. Acara itu disiarkan secara langsung pada Isnin.

BTS juga memenangi anugerah Kumpulan Terbaik dan Peminat Terbesar, kata laporan itu.

Kumpulan ini kini telah memenangi beberapa anugerah di EMA selama tiga tahun berturut-turut. Ia pernah merangkul anugerah Kumpulan Terbaik dan Peminat Terbesar pada 2018 dan gelaran Kumpulan Terbaik dan Peminat Terbesar, Siaran Langsung Terbaik dan Peminat Terbesar pada 2019.

Iklan

EMA tahun ini menampilkan persembahan yang dirakamkan di pelbagai lokasi di seluruh dunia di tengah-tengah pandemik global, berbanding dengan acara 2019 yang diadakan di Seville, Sepanyol.

Iklan

BTS, yang melakar sejarah dengan menjadi artis K-pop pertama mengungguli Billboard Hot 100 dengan lagu ‘Dynamite’ akan kembali dengan album baharunya ‘BE’ pada 20 November. -Bernama