Bujang Senang tersingkir, enam selebriti bertopeng mara ke separuh akhir

A
A
A

LAPAN minggu sudah berlalu, kini pentas separuh akhir pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri, The Masked Singer Malaysia (TMSM) bakal menyaksikan enam selebriti bertopeng membuat persembahan dan berentap demi gelaran juara musim kedua The Masked Singer Malaysia.

TMSM pada pentas suku akhir menyaksikan tiga selebriti iaitu Raja Semut, Si Merak dan Bujang Senang berada di kedudukan tiga tempat terbawah.

Bagaimanapun rezeki tidak menyebelahi Bujang Senang apabila mendapat markah tercorot iaitu 82 peratus (%), sekali gus diumumkan tersingkir.

Pada masa sama, identitinya turut didedahkan di mana selebriti di sebalik kostum Bujang Senang itu adalah penyanyi dan pelakon Sabhi Saddi.

Menurut Sabhi Saddi, antara taktiknya untuk mengelirukan para juri adalah dengan menggunakan suara yang serak ketika menyanyi.

“Bila orang dah kenal saya lama, orang itu pasti akan kenal saya. Saya kenal Pak Nil dah lama, jadi dia tahu saya punya kelebihan dan kelemahan.

“Rasa sangat bersyukur kerana akhirnya sampai juga ke minggu suku akhir. Saya dah cuba buat yang terbaik dan setakat itulah rezeki saya di sini,” katanya yang mendapat tekaan oleh para juri.

Zizan Razak sebagai juri meraih satu lagi markah dengan tekaan tepatnya, sekali gus menjadikannya juri dengan markah paling tinggi setakat ini untuk memenangi Anugerah Tekaan Juri Paling Gempak. Diikuti oleh Aznil Hj. Nawawi yang juga dapat meneka dengan tepat.

Sementara itu, persembahan minggu ini turut menyaksikan Seladang menggunguli di tangga teratas dengan markah 92.67%, diikuti Orkid (89.33%) dan Burung Hantu (89.11%).

Turut mengiringi mereka pada penetas separug akhir minggu depan ialah Rambutan, Ratu Semut dan Si Merak.

TMSM2 bersiaran di Astro Warna (Saluran 127) dan Warna HD (Saluran 107) pada setiap Jumaat, jam 9 malam. Program ini juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan di aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

(FOTO: AZRUL RAFIE - ASTRO)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca