Buka akaun TikTok, Amber Heard sindir Johnny Depp

DEPP-HEARD
DEPP-HEARD
A
A
A

TINDAKAN aktor Johnny Depp membuka akaun TikTok mendapat reaksi kurang senang daripada bekas isterinya, Amber Heard.

Menurut laporan media antarabangsa, Heard menyindir bintang Edward Scissorhands itu tidak lama selepas Depp memuat naik video pertama di akaun TikTok.

Jurucakap Heard berkata, bintang itu tidak ‘bergerak ke hadapan’ selepas kes tersebut manakala hak wanita terus diperlekehkan.

“Seperti yang Johnny katakan, dia akan bergerak ke hadapan sedangkan realitinya, ia menolak hak wanita ke belakang.

“Mesej keputusan yang berpihak kepada Johnny buat mangsa keganasan rumah tangga adalah untuk hidup ketakutan dan tidak berhak bersuara selamanya,” tulis kenyataan itu.

BACA JUGA Janji beri kebahagiaan, Amber Heard dilamar lelaki Arab Saudi

Depp sebelum itu membuka akaun TikTok dan memuat naik video yang didedikasikan kepada penyokong setianya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca