Bunkface kembali dengan Kita Punya Malaysia versi akustik

BUNKFACE
BUNKFACE
A
A
A

SEMPENA sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini, kumpulan punk rock Bunkface, kembali melancarkan single mereka, Kita Punya Malaysia dalam versi akustik.

Bunkface yang dianggotai oleh Sam selaku vokalis, Youk (gitar bass) dan Paan (gitar utama) mampu berbangga apabila lagu Kita Punya Malaysia sebelum ini pernah diangkat menjadi lagu tema Hari Kebangsaan Malaysia pada tahun 2018 dan 2019.

Lagu asal ciptaan sepenuhnya oleh Sam Bunkface itu tampil dengan mesej padu berkenaan semangat cintakan tanah air.

Menerusi melodi dan lirik ‘catchy’, lagu itu turut berjaya menarik perhatian dan menjadi siulan ramai meskipun bertemakan patriotik.

Mengambil kira suasana sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini masih lagi menyaksikan negara ‘berperang’ dengan pandemik Covid-19, Bunkface mengambil inisiatif untuk kembali dengan lagu tersebut, namun memberikan nafas baharu menerusi versi akustik.

Menurut Sam, mereka menampilkan aura berbeza pada lagu tersebut dengan gubahan muzik lebih santai.

“Kami berharap agar karya ini dapat sedikit sebanyak meniupkan semangat patriotisme dalam kalangan peminat dan pendengar muzik kami walaupun dalam keadaan negara yang mencabar hari ini.

“Apapun yang berlaku, kita harus terus bersemangat untuk membina masa depan yang lebih cerah demi generasi akan datang,” katanya.

Lagu Kita Punya Malaysia versi akustik itu baru sahaja dilancarkan pada 27 Ogos lalu di kesemua platform media sosial rasmi Bunkface.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca