PENYANYI rap dan pempengaruh, Caprice mengumumkan bakal mennyambut kelahiran anak sulung apabila isteri, Farra Inalis kini sedang hamil lima bulan.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 32, berkongsi berita gembira tersebut ketika memberikan ucapan di majlis pelantikannya sebagai Duta ThorX, di hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.

“Sebelum ini ramai yang tanya, bila nak ada anak.

“Tetapi disebabkan kepadatan jadual dan komitmen kepada perniagaan serta lain-lain hasrat tersebut saya ketepikan dahulu.

“Memandangkan semua sudah ada di sini, saya nak kongsi berita gembira. Alhamdulillah isteri saya kini hamil lima bulan,” katanya.

Baca juga: 30 hari menjadi suami, ayah, Caprice coret hidup bertukar 360 darjah

Baca juga: 40 hari ‘menghilang’ Caprice selamat bergelar suami

Caprice dan Farra, 29, mendirikan rumah tangga pada 15 November 2021.

Iklan

Farra sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dan memiliki seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea yang berusia enam tahun.

Wartawan: Aqmar Mustaza, Sinar Harian

Baca juga: Caprice disahkan hidap hipertiroid punca dirinya baran

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!