Cartoonito ajak penonton cilik bermain sambil belajar

CARTOONITO
CARTOONITO
A
A
A

PENONTON cilik kini boleh bergelak ketawa, bermain sambil belajar dengan pilihan program jenama baharu, Cartoonito yang bersiaran setiap pagi menerusi saluran Cartoon Network (Astro Ch 615 HD) bermula 18 April ini.

Baru sahaja dilancarkan, Cartoonito menawarkan pendekatan moden yang diprogramkan untukt kanak-kanak berumur antara dua hingga lima tahun.

Platform tersebut merupakan ruang mereka merasai sendiri keseronokan, selain memupuk pemikiran kreatif di mana setiap rancangan dihasilkan adalah untuk menyokong potensi unik yang ada pada golongan ini.

Cartoonito menyajikan seleksi program menarik seperti animasi Lucas the Spider, Baby Looney Tunes, Dino Ranch, Monchhichi, Alice & Lewis, Ranger Rob, Mush Mush & The Mushables dan Esme & Roy yang diinspirasi daripada Sesame Street.

Siri animasi tersebut meraikan ciri keperibadian positif, mengangkat semangat kreativiti dan belas kasihan.

Lebih mengujakan, penonton cilik turut diperkenalkan dengan bintang-bintang Cartoonito iaitu Nito, Glob, Itty dan Wedge. Karakter-karakter tersebut gemar mengembara dan mempelajari perkara-perkara baharu, selain sentiasa bersedia membantu penonton dalam setiap selingan rancangan.

Cartoonito mempunyai risalah aktiviti dan permainan yang boleh dimuat turun dalam laman rasminya termasuk filter Realiti Tambahan AR yang bakal dilancarkan pada pertengahan April ini.

Jangan lupa tonton dan rasai sendiri keseronokan Cartoonito menerusi saluran Cartoon Network (Astro Ch 615 HD) atau di laman penstriman, HBO GO, setiap hari bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah hari.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca