"Cepat Haider nak jumpa Papa Mama…" - Elly Mazlein selamat bersalin

A
A
A

PENYANYI, pelakon dan pengacara popular, Elly Mazlein, 40, selamat melahirkan anak keduanya pada jam 12.23 tengah malam tadi.

Menurut Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, bayi lelaki yang diberi nama Haider Mateen Mohamad Azlan dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor.

“Alhamdulillah saya sudah selamat bersalin pagi tadi. Mama dan Haider berada dalam keadaan sihat.

“Terima kasih untuk segala doanya dan terima kasih juga pada abah, suami, manja, doktor dan jururawat yang menjaga saya dari awal kehamilan hingga memastikan proses bersalin berjalan lancar dan dipermudahkan,

“Cepat Haider nak jumpa Papa Mama… Dengan ini saya ingin memperkenalkan anak kedua kami, Haider Mateen Bin Mohamad Azlan,” kongsi Elly yang mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom menerusi akaun Instagramnya.

Perkongsian itu turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat.

Elly selesa tidak terlalu mendedahkan wajah anak pertamanya yang dipanggil Manja.

Elly mendirikan rumah tangga dengan guru, Mohamad Azlan Che Nuh, 30, pada 18 Januari 2020.

Sebelum ini, pelakon yang terkenal dengan drama Kampung People itu pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014, namun bercerai pada 15 Oktober 2015. Hasil perkongsian hidup tidak sampai setahun itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia, 5 tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca