Ceria Xtra #DudukRumah janji pengisian ‘Xtra’ buat penonton

A
A
A

DALAM pada negara masih lagi berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19, saluran kanak-kanak nombor satu tanah air, Astro Ceria terus berusaha menampilkan sajian kandungan yang bersifat inovatif bagi mewarnai dunia adik-adik seisi keluarga.

Terbaru, dengan kerjasama rumah produksi, Red Communications Sdn Bhd yang sebelum ini turut menerbitkan siri popular Oh My English dan SMK, Astro Ceria tampil dengan Ceria Xtra #DudukRumah, sebuah rancangan permainan atau game show yang melibatkan seramai 16 orang selebriti sensasi tanah air.

Antara yang terlibat adalah Datuk AC Mizal, Nabila Huda, Mark Adam, Ajak Shiro, Shahrol Shiro, Sean Lee, Sarah Suhairi, Atu Zero, Zulin Aziz, Meerqeen, Norreen Iman, Erissa Puteri, Fikry Kiki, Bibi Qairina, Coki dan Aisar Khaled.

Program berformat variasi famili itu dihoskan oleh pelakon dan pengacara yang kian meningkat naik, Wafiy Ilhan, akan menemui penonton pada setiap hari Jumaat, mulai 10 September, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611) serta di platform On Demand dan Astro GO.

Dalam setiap episod, dua selebriti popular akan diangkat sebagai Kapten dan mereka akan membentuk kumpulan masing-masing, berlawan dan bermain beberapa permainan yang dijalankan secara maya, dari kediaman masing-masing.

Setiap Kapten akan disertai dengan tiga orang pemain yang dibarisi oleh ahli keluarga masing-masing, kawan dan juga peminat.

Memandangkan nama ‘Xtra’ dipilih sebagai tajuk utama program ini, peminat boleh membayangkan pelbagai elemen kejutan disuntik dari satu permainan ke permainan yang seterusnya, bertujuan untuk mencetuskan keterujaan di kalangan pemain mahupun penonton.

Secara tidak langsung menepati tagline yang diberi, ‘Xtra Lawak, Xtra Kecoh, Semua pun Xtra’!

Peserta juga akan diuji dengan tugasan mengejutkan menerusi slot Misi Xtra yang mana ia dijalankan secara rawak ketika sesi permainan sedang berlangsung dan tugasan ini perlu diselesaikan dalam jangka masa ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan markah kumpulan ditolak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca