BERKECIMPUNG lebih 30 tahun dalam dunia penyiaran sebagai cef selebriti, Datuk (Dr) Cef Redzuawan Ismail atau Chef Wan membuat keputusan untuk bersara pada tahun hadapan ketika umur mencecah 66 tahun.

Chef Wan berkata, banyak pengorbanan telah dilalui selama menjadi anak seni, selepas memikir sedalam-dalamnya mungkin ini masa yang sesuai dengan keadaan kesihatan sekarang lebih memerlukan rehat dan masa untuk diri sendiri.

“Sejujurnya saya berniat untuk bersara dan ini mungkin yang ini terakhir penglibatan saya (kolaboratif dengan Genting Resort World dalam ‘The Lost Recipe’ di mana lebih 152 resipi warisan turun-temurun yang ada di Malaysia akan dihidangkan di Resorts World Awana).

“Januari 2024 dah 66 tahun dan saya fikir rancangan televisyen tidak memberi banyak manfaat lagi kerana kadar bayaran tidak setimpal dengan usaha dan pengalaman yang kita ada.

“Selain itu, komitmen kena travel jauh dan nak dapatkan penajaan pun bukan senang. Letih dan struggle, penghujungnya rasa macam buat kerja percuma,” katanya kepada SinarPlus.

Baca juga:Chef Wan disahkan hidap kanser limfoma, perlu jalani rawatan kemoterapi serta-merta

Baca juga:Turun berat badan, Chef Wan kongsi perkembangan selepas kemoterapi, tetap confident tampil botak

Baca juga:Sel kanser belum sampai ke otak’, Chef Wan selesai kemo tulang belakang

Menurut bapa kepada pelakon, Serina Redzuawan itu, perniagaan De.Wan 1958 by Chef Wan, anak lelaki beliau, Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan akan mengambil alih.

“Saya masih terlibat cuma belakang tabir,” ujarnya.

Siapakah Chef Wan? Insan berpengaruh ini sudah bertapak dalam dunia penyiaran tempatan sejak 31 tahun lalu.

Iklan

Akauntan bertauliah lulusan luar negara, namun kecintaan kepada dunia masakan membuatkannya ‘terjun’ dalam bidang kulinari.

Berikut latar belakang membanggakan Chef Wan:

  1. Chef Wan dilahirkan pada 6 Januari 1958 di Singapura.
  2. Beliau adalah anak pasangan Ismail Md Nor dan Noraini Abdullah dan merupakan anak sulung daripada tujuh adik beradik.
  3. Chef Wan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Terandak, Melaka sebelum meneruskan pengajian menengah di di sekolah berasrama penuh di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK).
  4. Beliau kemudian melanjutkan Institut Teknologi Mara (ITM) dan memperolehi Diploma Perakaunan.
  5. Pada tahun 1979, Chef Wan meneruskan lagi pengajian ke peringkat lebih tinggi di Universiti New South Wales, Australia.
  6. Pada tahun 1982, beliau berkahwin dengan Allahyarhamah Norhayati Ayub dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohd Nadzri dan Serina. Jodoh tidak panjang, rumah tangga mereka hanya mampu bertahan selama empat tahun sahaja.
  7. Meminati bidang kulinari, Chef Wan melanjutkan pengajian selama tiga tahun di California Culinary Academy di San Francisco dan dianugerahkan sebagai penuntut terbaik daripada 187 yang lain.
  8. Meraih prestasi memberangsangkan di akademi masakan tersebut, Chef Wan ditawarkan biasiswa untuk bertugas di sebuah kolej masakan yang terkemuka di dunia iaitu École de Gastronomie, Française Ritz Escoffier di Paris selama setahun.
  9. Chef Wan mencipta rekod sebagai anak Melayu yang pertama mendapat peluang bertugas sambil belajar di hotel tersebut.
  10. Kemudian beliau bekerja sebagai cef peribadi dengan sebuah keluarga hartawan di Hawaii. Tidak hanya sebagai tukang masak, Chef Wan juga bertugas sebagai perancang makanan hartawan tersebut yang memiliki 28 buah rumah di Amerika dan Eropah.
  11. Selepas tujuh tahun Chef Wan berkecimpung dalam dunia kulinari dan perhotelan di luar negara, beliau pulang ke tanah air dan bermula karier sebagai chef selebriti apabila mengikat kontrak dengan siri masakan Kuali pada tahun 1992 sebuah siri masakan yang disiarkan di TV3 sejak tahun 1988.
  12. Bukan calang-calang, Chef Wan dianugerahkan The Best Celebrity Chef In The World di World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009.

Hebat beliau, pencapaiannya wajar menjadi inspirasi. Semoga ia menjadi penguat semangat buat kita semua untuk tidak berputus asa mendalami bidang diminati. Masih belum terlambat!

Iklan



Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang