IMPIAN penyanyi Sufian Suhaimi untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi tidak kesampaian apabila hubungannya dengan wanita dikenali sebagai Rania Al-Sadat terlerai pada minggu kedua Ramadan baru-baru ini.

Pengakuan penyanyi berusia 31 tahun itu mengesahkan khabar angin bahawa kedua-duanya sudah tidak lagi bersama.

Pun begitu, penyanyi lagu Harus Aku dan Di Matamu itu berkata hubungannya dengan Rania masih baik.

Baca juga: Bukan gimik, Sufian Suhaimi rancang nikahi Rania Disember atau Januari depan

Baca juga: [VIDEO] Datang untuk merisik, bapa minta pasangan kekasih terus bernikah

Baca juga: Majlis merisik secara maya, Erma Fatima sekeluarga dipuji warganet

“Kami masih baik, tiada isu antara satu sama lain, malah keluarga masing-masing pun baik. Cuma hubungan merisik itu sudah tiada.

“Tetapi masing-masing menerima perkara ini dengan hati yang terbuka tanpa dendam. Bahkan selepas membuat keputusan itu, kami masih berjumpa.

“Cuma selepas cincin dipulangkan, masing-masing perlu menghormati status itu dan dalam masa sama memberi ruang kepada diri masing-masing. Ia adalah keputusan bersama, tiada pergaduhan,” katanya.

Mengulas perancangan bernikah yang sepatutnya berlangsung tahun lepas, ia tertangguh susulan ada perkara yang perlu dibincangkan.

“Masing-masing berpendapat perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dilangsungkan secara tergesa-gesa.

“Bukan nak cakap yang kita buat keputusan tergesa-gesa sebelum ini, cuma apabila semakin dekat dengan tarikh, masing-masing berbincang mengenai kehidupan dan melihat sama ada selesa dengan kehendak kami berdua.

Baca juga: ‘Sepadan muka pun hampir sama.’ Sufian Suhaimi hantar rombongan merisik raih perhatian. Warga maya titip ucapan tahniah

Baca juga: Umumkanlah perkahwinan, rahsiakan pertunangan

Baca juga: Rajin amalan yang dipraktikan Sufian Suhaimi untuk elak diri jadi Santa Claus. Ketahui apa lagi dilakukannya=

Iklan

“Apabila dibincangkan, mungkin kami perlu take a step back untuk fikir masak-masak kerana tidak mahu berada dalam satu hubungan yang terpaksa,” ujar bapa kepada seorang anak angkat, Faeq Razeeq.

Biarpun sudah tidak sehaluan dengan Rania, penyanyi itu mengakui apa yang berlaku adalah hikmah adat merisik yang diamalkan dalam masyarakat Melayu.

“Kita merisik bukan bermaksud kita bernikah. Merisik sebenarnya untuk mengenali.

“Saya sangat bersyukur dapat mengenalinya. Saya sangat menghormatinya, beliau dan keluarganya sangat baik.

“Tiada sedikit pun penyesalan hingga kini kami masih mengharapkan kebahagiaan masing-masing,” katanya.

Terdahulu, Sufian dan Rania dijadualkan berkahwin pada Disember atau Januari selepas selesai merisik pada Oktober 2023.

Iklan

Sebuah hantaran video tular di aplikasi TikTok memaparkan Sufian bersama keluarganya hadir di kediaman Rania bagi tujuan merisik.

Sufian atau mesra dipanggil ‘Baby Pian’ sebelum ini pernah bertunang dengan pelakon, Elfira Loy.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!