CINTA Syria Malaysia (CSM) terus aktif menyalurkan bantuan kemanusiaan buat pelarian Syria menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan.
Pada tahun ini, CSM menyasarkan kutipan dana sebanyak RM2.2juta untuk Misi Ramadan CSM kesembilan bagi menyediakan peperluan asas yang paling kritikal ketika bulan Ramadan iaitu makanan.
Sepanjang 11 tahun krisis kemanusiaan di Syria, rakyatnya hilang sumber pendapatan dan asas keperluan hidup iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal, malah keadaan menjadi lebih buruk lagi dengan penularan Covid-19.
Bagi yang ingin membantu ringankan beban mereka di bulan Ramadan ini, boleh layari pautan www.ramadan4syria.com.
Dalam pada itu, 10 sukarelawan CSM yang menyertai misi di Turki dan Syria pada tahun ini turut disertai barisan selebriti tempatan yang terdiri daripada Noh Salleh, Faizal Tahir, Altimet dan Farah Lee bermula pada 7 sehingga 22 April.