KEHILANGAN orang yang tersayang merupakan satu perkara yang terlalu menyedihkan bagi setiap orang. Bertahan dan terus kuat menjalani hidup selepas kematian insan yang disayangi bukanlah satu perkara yang mudah.

Rindu itu fitrah pada setiap manusia. Sungguh pun perasaan itu tidak pernah padam namun siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Ilahi. Hanya doa yang mampu dititipkan dari jauh.

Melalui satu perkongsian di laman Instagram, pelakon, Noorkhiriah dilihat tidak dapat menahan sebak sewaktu menziarahi kubur arwah bapanya, baru-baru ini.

Baca juga: Usaha murni Noorkhiriah, suami

Kerinduan seorang anak pada seorang bapa yang telah tiada lagi di dunia ini tidak mampu diungkapkan. Hanya mereka yang melaluinya sahaja mampu merasai kesakitan itu.

“Orang selalu nampak saya ketawa, gembira. Bila sentuh bab rindu pada arwah ayah, saya kalah. Rindu paling sakit. Ayah adalah lelaki pertama yang tidak pernah sakitkan hati anak dia. Sangat betul. Ketika ini saya tidak dapat menahan air mata.

“Hari lahir arwah ayah 3 Disember baru-baru ini. Semua-anak-anak balik. Genap 69 tahun kalau ayah masih ada. Cium batu nisan pun dah rasa puas sangat. Sakit rindu ini. Sakit sangat. Semoga pak tenang di sana,” tulisnya.

Baca juga: Noorkhiriah cemas, anak sulung hilang, akhirnya dijumpai selamat

Noorkhiriah mengakui bahawa sebagai seorang anak, beliau sudah hilang tempat untuk bermanja dan mendapatkan kasih sayang seorang ayah.

Pada masa sama, Khiriah sempat memberi pesanan kepada semua individu yang masih mempunyai ibu bapa agar menjaga kedua orang tua mereka sebaik mungkin sementara masih hidup. Pada mereka yang telah kehilangan, jangan lupa untuk mendoakan mereka.
Perkongsian Khiriah menarik perhatian ramai warga maya. Mereka turut merasai kesedihan yang dilalui oleh Khiriah. Melalui komen-komen yang ditulis oleh warga maya di ruangan komen, ramai yang memberi kata-kata semangat kepada Khiriah.

Berikut antara komen-komen yang ditulis oleh warga maya:

– “Rindu yang tiada penghujung.”

– “Cinta hati pertama anak perempuan.”

Iklan

– “Sama macam saya rindu arwah ayah. Bila pergi ziarah kubur, air mata keluar tidak henti-henti.”

– “Rindu pada mereka yang tidak akan kembali memang sakit.”

– “Berat dan sakit rasa rindu pada yang telah pergi..rindu yang tiada penghujung.. Allahuakbar!”

– “Saya pun pernah cium batu nisan, biarlah orang nak cakap apa, hanya itu sahaja kita mampu lakukan. Saya pun rindu pada arwah ayah.”

Iklan

Baca juga: Khiriah tawar khidmat van jenazah secara percuma

Sumber: Noorkhiriah

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.