Noorkhiriah cemas, anak sulung hilang, akhirnya dijumpai selamat

A
A
A

IRONINYA, ibu hilang sekejap daripada pandangan mata anak-anak sudah mula gelisah, apatah lagi jika ibu kehilangan permata hati. Pastinya perasaan cemas yang berselirat sukar diterjemahkan dengan kata-kata.

Inilah situasi yang dialami oleh pelakon, Nookhiriah apabila anak lelaki sulungnya, Muhammad Hudhaifah berusia 12 tahun dikatakan hilang awal pagi tadi di kediamannya.

Cemas memikirkan keselamatan Muhammad Hudhaifah, pelakon drama bersiri Nur itu segera berkongsikan kepingan foto bagi mendapatkan bantuan orang ramai mengesan lokasi anaknya di sekitar Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Baca juga Usaha Murni Noorkhiriah, Suami 

“Kalau jumpa kanak-kanak ini tolong hubungi ibunya Noorkhiriah, bangun pagi tiada di dalam rumah,” tulis ibu kepada tiga cahaya mata tersebut.

Selain itu, Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie turut berkongsi foto anaknya bersama basikal yang dipercayai digunakan sebelum meninggalkan rumah.

Bagaimanapun, keresahan yang dialami beransur reda apabila anaknya ditemui semalam.

Tulis Noorkhiriah dalam hantaran baharu, beliau masih menggigil mungkin kerana keadaan cemas dan mendebarkan.

“Menggigil akak. Terima kasih semua anak akak dah jumpa. Alhamdulilah terima kasih semua. Terima kasih.

“Terima kasih semua yang menguar-uarkan. Alhamdulillah dah jumpa. Terima kasih @iesya_toh orang pertama akak gegar.

“@azzaelite sori akak tengah gigil lagi ni. Pada yang Whatsapp atau call nanti akak balas. Terima Kasih semua. Alhamdulillah Terima Kasih Allah,” kongsinya penuh kesyukuran.

Baca juga Khiriah Tawar Khidmat Van Jenazah Secara Percuma

Menurut portal tempatan, Muhammad Hudhaifah ditemui dalam keadaan selamat di kawasan Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur berdekatan dengan pusat beli-belah 1Utama, Damansara yang tidak jauh dari kediaman keluarganya.

Untuk rekod, selain Muhammad Hudhaifah, Noorkhiriah dan suami turut memiliki anak lelaki, Muhammad Yusoff, 10, dan seorang anak angkat perempuan dinamakan Nur berusia duta tahun.

Alhamdulillah syukur akhirnya anak yang hilang ditemui selamat dalam masa yang singkat hasil keprihatinan ramai.

Sumber: Instagram khiriah17

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca