Dalam kepala fikir anak saja sekarang ni - Shima Anuar positif Covid-19

January 12, 2021

PELAKON Shima Anuar berkongsi berita sedih apabila dirinya disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan pada Sabtu lalu.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah Anuar, 29, berkata, berita itu sangat mengejutkan dirinya kerana tidak mempunyai kontak rapat dengan mana-mana pesakit Covid-19.

“This really breaks my heart. Saya tak ada kontak rapat dengan siapa-siapa yang kena Covid.

“Buat swab test sebab hari Jumaat baru-baru ini, tiba-tiba rasa susah nak nafas dan sakit kepala.

“Bagitahu suami saya, dia kata mungkin sebab saya tak makan lagi dan perut masuk angin. Selepas makan, semua dah OK lah.

“Tapi saya saya bagitahu suami nak buat juga swab test sebagai langkah berjaga-jaga sebab kes makin hari makin banyak dan berlaku di mana sahaja,” ujarnya.

Iklan

Tambah pelakon filem Highland Tower itu, dia menjalani ujian calitan pada Sabtu dan mendapat keputusan yang menyatakan dirinya positif Covid-19 pada Ahad.

Susulan keputusan itu, suaminya, Mohd Solih Toha turut membuat ujian calitan, namun keputusan adalah negatif. Sementara dua anaknya, Marian Sophia dan Mikhael pula masih menuggu keputusan selepas membuat ujian tersebut pada pagi Isnin.

“Tak tahu nak gambarkan perasaan ini macamana. Dalam kepala fikir anak saja sekarang ni.

Iklan

“Diorang semua dah pegi test pagi tadi (Isnin). Harap anak-anak saya selamat daripada Covid. Doakan kami,” kata ibu kepada dua anak itu lagi.

Dalam pada itu, Shima meminta agar mereka yang menemuinya pada minggu lalu segera melakukan ujian calitan untuk mengetahui status kesihatan mereka.

“Sekarang saya tengah tunggu KKM hubungi saya, tapi dari semalam lagi memang dah kuarantin duduk bilik bawah and tak keluar pun,” jelasnya.

 

(SUMBER/FOTO: Shima Anuar)

About Wawann Mohd

Biodata Penulis