Dapat sambutan hangat, Budak Tebing 2 kembali dengan isu kekeluargaan dan penderaan

A
A
A

SETELAH mencatatkan rekod gemilang dengan 10 juta penonton sepanjang siaran 13 episod di slot Lestary TV3 tahun lalu, Budak Tebing kembali dengan musim baharu bersama-sama barisan pelakon utamanya.

Budak Tebing 2 kembali mengisi slot Lestary bermula 18 Jun, setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam dan turut disiarkan melalui penstriman iQiyi pada hari yang sama selepas siaran di TV3.

Drama bersiri 13 episod terbitan Country & Universal Sdn Bhd itu diarahkan oleh Feroz Kader, menyaksikan reunion Adam Lee (Arif), Aedy Ashraf (Tongki), Eyka Farhana (Ira), Bella Dowanna (Laura), Fariz Isqandar (Yoyol) dan Firdaus Ghufran (Talam).

Musim baharu ini turut dijayakan oleh barisan pelakon hebat tanah air seperti Fauzi Nawawi (Afendi), Pablo Amirul (Pablo), Syafie Naswip (Paan), Zarina Zainuddin (Sabrina), Nellisa Nizam (Maria), Imran Aqil @ Ijeebster (Pijoy) dan ramai lagi.

Syafie Naswip antara muka baharu dalam Budak Tebing 2.

Musim kali ini membawa kisah kesinambungan Budak Tebing di mana Tongki, Arif dan Talam terpaksa meneruskan kehidupan masing-masing setelah gagal ke Pulapol (Pusat Latihan Polis).

Tongki menjaga ayahnya sambil bekerja namun dia sering disabotaj, manakala Arif menghadapi kesulitan berhadapan dengan Yoyol yang enggan menerima kepulangan Afendi, ayah mereka yang muncul secara tiba-tiba.

Laura membuat keputusan tidak ke London dan cuba mencari ibu kandungnya manakala Ira cuba membantu menyelesaikan masalah dua orang kanak-kanak gelandangan dan akhirnya membawa kepada pendedahan sindiket dan dendam terhadap Budak Tebing.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca