DARIPADA ‘frontliner’ atau petugas kesihatan, penyanyi baru Aida Elias membuktikan ia bukan penghalang untuknya menceburi bidang seni.

Memilih irama dangdut, lagu pertama Aida atau lebih dikenali sebagai Mami Aida di utara iaitu ‘Cari Pacar’ telah meletop di Indonesia.

“Pada awal tahun ini Aida telah rakam sebuah lagu single “Cari Pacar” tetapi oleh kerana peraturan sangat ketat di Malaysia pada ketika itu untuk membuat persembahan, single
itu telah dilancarkan di Indonesia pada bulan Februari 2022.

Baca juga: [VIDEO] Meremang, frontliner terima panggilan misteri rumah kosong, rupanya pesakit…

“’Cari Pacar’ telah mendapat sambutan hangat di stesen-stesen radio Indonesia. Ia malah naik setinggi posisi kedua dalam dua carta radio di sana,”kata wakil BEST FBKL Concerts.

Aida Alias yang masih bekerja sebagai kakitangan di Kementerian juga merupakan ibu kepada tiga tiga cahaya mata. Darah seni yang mengalir dalam diri diwarisi daripada
bapanya yang juga seorang penyanyi di majlis-majlis perkahwinan dan pesta keramaian.

“Terdahulu, Aida pernah menyertai pelbagai pertandingan nyanyian dan Battle of The Band. Pada tahun 1998, Aida Elias menyertai pertandingan nyanyian anjuran TV3 SINaran
Pasport Kegemilangan dan menjadi Johan Mingguan, “ katanya.

Baca juga: Mubarak Majid raih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Motion Horse International Film Festival 2022

Iklan

Showcase Aida di Kuala Lumpur iaitu “Mami Aida Live di Hard Rock Café pada 16 Julai 2022 di mana dia dijadualkan akan menyampaikan 15 buah lagu daripada beberapa genre termasuk balada, rock dan dangdut.

Baca juga: Ashira, Bad Indigo berpisah – ‘”Kami tetap berkawan sampai bila-bila”

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.