SAYU dan meruntun hati, demikian reaksi warga maya selepas mendengar pengakuan daripada suami penyanyi Adira Suhaimi. Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red menerusi temuramah portal hiburan mendedahkan beliau diisytiharkan muflis sejak lima tahun lalu.

Beliau yang ditemu bual Mstar, Datuk Red berkata perniagaan yang diusahakan sebelum ini sudah tidak beroperasi sejak 2019.

Justeru beliau tekad untuk mencari pekerjaan dan sanggup mengetepikan perasaan malu demi mencari wang untuk menyara keluarga dan melunaskan hutang.

“Saya sedang mencari kerja sesuai dengan saya, umur dan pelajaran yang setinggi mana.

“Memang betul lah saya sedang mencari kerja,” kongsinya.

Ditanya mengenai perniagaan jual beli tanah yang diusahakan sebelum ini, Adnan menjelaskan syarikat berkenaan menjadi punca beliau muflis.

Baca juga: “Bayangkan ada dua tapi boleh hilang sekelip mata” – Selain Adira, Datuk Red dedah isteri pertama juga mohon cerai, nafi ada pakatan

Baca juga: ‘Keputusan sama, semoga selesai cepat.’ Sesi JKP gagal, Adira tetap pendirian bercerai dengan Datuk Red

datuk-red-adira

“Sebenarnya saya sudah muflis pada tahun 2019. Walau apa pun saya respect isteri yang menutup aib saya.

“Hari ini pun saya sudah tidak boleh tahan, memang sudah down gila. Tak mengapalah, saya isytiharkan muflis dan bankrap.

“Selama lima tahun ini saya cuba bertahan dan bangkit kembali namun tidak berjaya. ALLAH belum mengizinkan, saya sudah putus asa. Itu yang saya cuba cari kerja. Cuba dapatkan kerja dengan kawan-kawan tetapi tak berjaya,” katanya.

Baca juga: Suami menganggur, perlu ke bayar zakat fitrah?

Baca juga: Wanita boleh papa kedana jika 10 perkara ini tidak dilakukan oleh suami

JANJI BELI BAJU RAYA

Sementelah hari raya bakal menjelang tidak lama lagi, Adnan tidak berdiam diri dan hanya menyerah kepada takdir. Bapa kepada 11 cahaya mata sebak menceritakan usahanya untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

“Saya hendak cari kerja untuk perbelanjaan hari raya. Tak kisahlah orang nak kata saya biawak hidup pun, memang betul keadaan saya macam ni. Tetapi saya pun tidak tahu hendak buat macam mana. Bila kenangkan nak raya dan anak-anak, saya ketepikan malu.

“Mereka tidak faham, apa yang mereka tahu saya balik sahaja minta baju raya dan sebagainya. Takkan saya nak minta dengan Adira dan isteri pertama. Apa guna saya ini sebagai bapa. Saya masih sihat.

“Cuma itulah, saya tiada pekerjaan. Jika ditawarkan apa-apa sahaja kerja, saya usahakan. Niat saya hari ini ialah berjalan-jalan untuk mencari kerja. Selagi saya tidak dapat, saya tidak akan balik kerana saya sudah berjanji untuk belikan mereka baju raya,” luah Adnan.

Mengakui sedang berada di titik terendah dalam hidup, lelaki berusia 42 tahun itu sayu menceritakan situasi terpaksa menerima wang daripada Adira untuk membeli buku sekolah dan juadah berbuka puasa anak-anaknya.

“Dua tiga hari lepas buku anak pun saya tidak mampu beli. Isteri dan ada masalah di hospital dengan anak buahnya dan beliau mesej saya untuk selesaikan hal anak-anak. Kebetulan pula saya memang tiada duit langsung. Ketiga-tiga orang anak
berpuasa, Alhamdulillah saya mesej Adira dan beliau berikan saya RM100.

“Anak pertama mahu ayam gepuk atau ayam geprek, Alhamdulillah harganya
RM10. Ada baki lagi. Anak kedua minta McDonalds pula, saya kira-kira dan
cukupkan duit Alhamdulillah.

“Saya balik dan senyum, tidak mahu mereka tahu saya susah. Itu sahaja,”
ujarnya dalam sayu.

Baca juga: 4 kali bersalin czer, Adira Suhaimi bukan suka-suka ikat peranakan, 8 info wanita perlu tahu

Baca juga: Hutang luar kemampuan punca muflis

TERSILAP LANGKAH

Iklan

Adnan mendedahkan segalanya bermula apabila beliau tersilap langkah dalam perniagaan hingga menjerumuskan beliau dalam kancah hutang mencecah RM5 juta hingga RM7 juta.

“Saya ada usaha sama dengan sebuah syarikat perumahan untuk membina kediaman jenis kondominium. Di situ saya tersilap langkah apabila projek tersebut gagal dan seseorang telah memasukkan nama sebagai dalam senarai muflis.

Baca juga: Ramai anak muda muflis dan berhutang, Erin Adlina bercadang wujudkan subjek silibus kewangan di sekolah

“Asalnya hanya RM90,000 tetapi kerana perkara tersebut saling berkait antara satu sama lain ia meningkat menjadi jutaan ringgit. Itu memang satu kesilapan.

“Saya memang tiada apa sekarang ini, hendak makan pun tiada duit. Bagaimana saya hendak membayar hutang?” luahnya.

Jelas Adnan, beliau berazam untuk menjelaskan amaun hutang tersebut dan akan bangkit semula.

Adira berkahwin dengan Adnan pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.

Iklan

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun manakala perkahwinan Adnan bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim, mereka dikurniakan lima cahaya mata.

Beliau juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai dan dikurniakan dua cahaya mata.

Untuk rekod, Adnan kini berhadapan tuntutan penceraian daripada kedua-dua isterinya.

Beliau terdahulu mengesahkan akaun TikTok menggunakan nama @Datored yang tular  adalah miliknya.

Sumber: TikTok mStar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!