Dek terlalu teruja, Syamel terlepas cakap jantina anak

Untitled design (12)
Untitled design (12)
A
A
A

TIDAK seperti segelintir selebriti yang memilih mendedahkan jantina pada majlis menyambut kelahiran bayi (baby shower), pasangan romantis, Syamel dan Ernie Zakri berkongsi jantina anak bersama penonton Konsert Patriotik Tanah Airku di Istana Budaya (IB) pada Sabtu lalu.

Ujar Syamel atau nama sebenarnya Syamel Aqmal Mohd Fodzly, 28, mereka bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada Mac depan.

Bagaimanapun di sebalik perkongsian berita gembira itu, penyanyi lagu Lebih Sempurna itu mengakui terlepas cakap disebabkan terlalu teruja ketika membuat persembahan.

“Sebetulnya memang kami berniat untuk umumkan jantina anak pada masa yang dirasakan bersesuaian kelak.

“Tetapi entah macam mana, mungkin terlalu teruja berada di atas pentas, saya terlepas cakap mengenai jantina anak.

“Saya harap perkara tersebut tidak merosakkan perancangan isteri yang mungkin mahu mengadakan majlis untuk mengumumkan jantina anak,” jelasnya ketika ditemui sebaik konsert berakhir.

Mengakui terkejut dengan aksi spontan suaminya itu, Ernie berkata, dia sama sekali tidak menyalahkan Syamel dan memahami keterujaan yang dirasai.

“Setakat ni belum ada sebarang perancangan untuk mengadakan majlis menyambut kelahiran bayi. Jadi, tidak rasa terkilan bila Syamel umumkan jantina anak lebih awal,” ujarnya.

Syamel dan Ernie berkata, mereka sudah menyenarai pendek beberapa nama yang sesuai untuk bayi mereka. Bagaimanapun nama itu kekal menjadi rahsia sehingga tiba masanya kelak.

Pasangan yang popular dengan lagu Aku Cinta itu mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu selepas berkenalan sejak 2017.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca