Detective Conan: The Bride Of Halloween - licik, misteri dan menghiburkan

A
A
A

ANIMASI penyiasatan kegemaran ramai, Detective Conan kembali dengan kisah dan aksi lebih menarik menerusi filem ke-25 untuk francais popular dari negara Jepun itu dengan edisi terbaharu, Detective Conan: The Bride Of Halloween.

Filem yang menampilkan tema aksi jenayah misteri itu mengisahkan tentang kekacauan yang berlaku di bangunan Shibuya Hikarie ketika satu majlis perkahwinan sedang berlangsung.

Pada masa yang sama, penjenayah pengeboman bersiri daripada kejadian tiga tahun lalu yang membunuh detektif Jinpei Matsuda telah melarikan diri. Rei Furuya, yang pernah menjadi rakan sekelas Matsuda di akademi polis mula menjejaki pelakunya.

Bagaimanapun seorang lelaki berkostum misteri muncul dan memerangkap Furuya dengan meletakkan bom kolar di lehernya. Conan yang mengetahui tentang kejadian itu tidak berdiam diri dan menggunakan kebijaksanaannya untuk mencari penjenayah terbabit dan menyelamatkan Furuya.

Antara babak menarik dalam Detective Conan: The Bride Of Halloween.

Secara keseluruhannya naskhah kali ini tampil dengan jalan cerita lebih menarik dan mengujakan. Setiap babak juga menyokong perkembangan cerita, sekali gus membuatkan ia lebih menghiburkan dari awal hingga ke penghujung.

Tidak hairanlah edisi terbaharu ini mendapat sambutan yang luar biasa pada hari pertama tayangannya di Jepun apabila berjaya memecah rekod terbaik filem siri sebelumnya, Detective Conan: Fist of Blue Sapphire (2019).

Karakter Conan sendiri kali ini tampil lebih baik dan menyeronokkan dengan segala teori serta aksi yang cukup sinonim dengan dirinya. Bijak, lincah dan sentiasa pantas mencari jawapan kepada segala tanda tanya yang tercetus sehingga akhirnya berjaya membawa kepada penyelesaian kes.

Sesuatu yang menyeronokkan juga apabila Detective Conan: The Bride Of Halloween tampil dengan kejutan dan plot twist yang berjaya mewujudkan keterujaan penonton dan memberi impak pada perjalanan cerita.

Setiap watak yang ditampilkan juga berkembang dengan baik dan mempunyai fungsi dan kepentingan tersendiri kepada cerita termasuklah karakter antagonisnya. Malah watak-watak wanita kali ini turut memperlihatkan kelebihan mereka tersendiri.

Untuk mengetahui apakah sebenarnya kisah yang diketengahkan dalam edisi kali ini, jangan ketinggalan menonton Detective Conan: The Bride Of Halloween yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam bermula 2 Jun lalu.

Detective Conan: The Bride Of Halloween

Bahasa: Jepun

Klasifikasi: P13

Genre: Animasi

Durasi: 1 jam 51 minit

Pengarah: Shunsuke Ishihara

Pelakon Suara: Minami Takayama, Wakana Yamazaki, Toru Furuya, Rikiya Koyama

Tarikh Tayangan: 2 Jun 2022

Edaran: GSC Movies

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca