SETELAH beberapa hari mendiamkan diri, penyanyi Zynakal tampil memohon maaf setelah dikatakan mempersendakan budaya masyarakat di Sarawak baru-baru ini.

Jelas Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli, 23, komen ‘UGA UGA’ yang ditinggalkan di ruangan komen rakan artis yang juga penyanyi , Yonnyboii sebenarnya membawakan maksud goyang dalam bahasa Tagalog.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Sakit itu tidak menyedari kontroversi pakaian Iban dengan personaliti media sosial, Ryzal DurianKimchi.

“Saya hanya bergurau tentang reaksi wajah Yonny dalam posting yang dibuatnya.

“Ketika itu saya tak tahu pula mengenai isu seorang Instafamous mempersendakan pakaian kaum Iban tengah panas (hangat diperkatakan). Jadi secara tak langsung saya terkena tempiasnya juga.

“Saya mohon maaf sekali lagi dan pastikan akan lebih berhati-hati sebelum meninggalkan sebarang komen.

Iklan

“Kamek sayang kitak,” ujarnya yang turut memuat naik video permohonan maaf menerusi akaun Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZYN AKAL (@zynakal)

Iklan

Terdahulu, Zynakal dikecam netizen selepas meninggalkan komen seperti menyindir budaya dan adat orang Sarawak pada hantaran rakannya yang juga penyanyi rap terkenal, Yonnyboii.

Menerusi hantaran tersebut, Yonnyboii berkongsi foto lamanya yang lengkap memakai baju tradisional salah satu etnik di Sarawak dan Zynakal meninggalkan komen ‘uga uga’ dan perkataan itu sering dikatikan dengan istilah orang zaman batu.

Zynakal dan Yonnyboii pernah bergandingan menyampaikan lagu Sakit.