Di sangka angin dalam badan, Ari Lasso dedah hadapi masalah ketumbuhan di…

Untitled design (66)
Untitled design (66)
A
A
A

SELEPAS berdiam diri, penyanyi Ari Lasso akhirnya mendedahkan punca dia menjalani pembedahan pada 20 Ogos lalu.

Menurut Ari, dia pada mulanya meyangka mengalami masalah angin pada bahagian perut, namun makin lama, kesakitan yang dialami semakin teruk sehingga dia terpaksa membatalkan penggambaran video muzik Malaikat Itu Nyata awal Ogos lalu.

“Saya kemudiannya pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan dan hasilnya doktor menjumpai sel tumor di bahagian limpa dan pembedahan segera perlu dilakukan’,” ujarnya menerusi video yang dimuat naik di YouTube pada Isnin.

Bekas vokalis Dewa 19 itu mengakui tidak pernah terfikir akan mendapat penyakit itu.

Bagaimanapun dia bersyukur kerana dapat mengesan masalah itu lebih awal dan operasi mengeluarkan ketumbuhan itu juga berjalan dengan lancar.

“Disebabkan saya pernah dijangkiti Covid-19, saya perlu sentiasa bersenam untuk mengembalikan kesihatan.

“Senaman itu sebenarnya menjadi punca kesakitan di bahagian perut itu dirasai. Saya rasa kalau saya tak bersenam, saya sendiri tak pasti bila akan menyedari masalah dalam badan saya,” jelansya.

Ari berkata, sehingga kini dia masih dalam proses sembuh dan perlu menjalani beberapa pemeriksaan susulan.

https://youtu.be/ywtgWmr-fes

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca