Di sebalik pandemik Covid-19, Oscars 2021 tetap berlangsung. Ini busana yang curi perhatian di karpet merah

A
A
A

PANDEMIK Covid-19 nampaknya tidak menjadi penghalang buat industri hiburan antarabangsa memberi pengiktirafan kepada penggiat seni terhadap usaha keras mereka sepanjang tahun 2020.

Diadakan secara sederhana tanpa dibanjiri dengan sejumlah selebriti popular dunia yang terlampau ramai, penganjur nampak memilih hanya penerima anugerah dan artis yang menerima pencalonan sahaja untuk menghadiri acara berprestij itu.

Selebihnya, mereka menonton di kaca televisyen termasuk acara karpet merah diadakan secara alam maya bagi artis yang berada di kediaman masing-masing.

Persembahan nyanyian turut dilakukan secara rakaman bagi memastikan tiada kontak berlaku pada acara terbabit termasuk memastikan penjarakan sosial antara tetamu yang hadir.

Berlangsung pada 25 April lalu di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, barisan selebriti dilihat saling tidak mahu mengalah dengan melaram pelbagai fesyen saat muncul pada Oscars kali ini.

Masing-masing tetap memilih untuk memperagakan busana daripada jenama terkenal seperti Louis Vuitton, Chanel, Versace, Gucci dan Valentino.

Antara jenama lain yang turut menjadi pilihan selebriti ialah Alberta Ferretti, Armani Privé, Alexander McQueen dan Dolce & Gabbana.

Semestinya aura daripada pakaian yang dihasilkan daripada jenama terkenal tersebut secara tidak langsung menaikkan seri dan keyakinan selebriti terbabit.

Berikut SinarPlus senaraikan busana yang digayakan selebriti popular antarabangsa di acara karpet merah Oscars 2021:

1.Margot Robbie, Chanel kolekasi Haute Couture

 

2.Carey Mulligan, Valentino

 

3.Halle Berry, Dolce & Gabbana

 

4.Yuh-Jung Youn (kiri), Marmar Halim dan Yeri Han, Louis Vuitton

 

5.Regina King, Louis Vuitton

 

6.Zendaya, Valentino

 

7.Colman Domingo, Versace koleksi Atelier

 

8.Riz Ahmed, Prada bersama Fatima Farheen Mirza, Valentino

Bagi SinarPlus sendiri, ada yang nampak cantik, ada juga yang dilihat seperti tidak kena apabila 'terletak' pada badan artis itu. Namun, terpulanglah pada mata masing-masing ya.

Dari segi pemilihan warna, kali ini tidak nampak yang terlalu menonjol. Ramai nampaknya seperti 'play safe' sahaja.

Malas nak komen lebih-lebih, anda nilaikanlah sendiri ya, kalau ada masa :)

Kalau nak kata bab kesuraman majlis, memang terserlahlah. Namun, tak boleh buat apa-apa kerana keselamatan lebih penting daripada segalanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca