Didakwa tidak berakhlak, Mak Wan Latah pilih jalan selamat

MAK WAN LATAH
MAK WAN LATAH
A
A
A

PELAKON veteran, Mak Wan Latah atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud, memilih untuk mengulas lanjut berhubung kenyataan bekas suami yang mendakwa dia tidak berakhlak sehingga diceraikan talak satu.

Ujar Mak Wan, dia enggan mengaibkan mana-mana pihak dan reda dengan apa yang berlaku.

“Dalam bulan Ramadan ni saya tak nak cakap apa-apa, tak nak aib siapa-siapa. Nabi Muhammad pun ada orang fitnah, apatah lagi kita ni sebagai manusia biasa,” ujarnya ketika ditemui pada Majlis Tayangan Program Syawal Astro pada Jumaat.

Ditanya adakah dia serik untuk kembali berumah tangga selepas ini, pelakon Nusyuz Berkiblat Cinta itu tidak menafikannya.

“Saya tak berjanji untuk kata tak berkahwin lagi sebab semuanya kuasa ALLAH SWT. Cuma buat masa ini memang tidak kerana takut pisang berbuah empat kali.

“Apa pun saya bersyukur diberikan kesihatan yang baik, diberikan tenaga untuk bekerja sendiri dan tidak mengharapkan orang. Baik saya berdiri atas kaki sendiri ,” ujarnya yang akan membintangi sebuah drama dan iklan tidak lama lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca