PELAKON Hollywood, Michael B. Jordan dinobatkan sebagai ‘Sexiest Man Alive’ oleh majalah People.

Pengumuman itu sekali gus menyaksikan Michael atau nama penuhnya Michael Bakari Jordan menjadi lelaki kulit hitam keempat merangkul gelaran sama selepas Denzel Washington (1996), Idris Elba (2018) dan John Legend (2019).

Mengulas mengenai gelaran itu, bintang berusia 33 tahun itu mengakui berasa senang hati dan teruja dengan pemilihannya.

“Sewaktu saya kecil, nenek saya suka mengumpul muka depan mereka yang mendapat gelaran ‘Sexiest Man Alive’. Dalam masa yang sama ibu serta mak cik saya turut membacanya.

“Ketika itu mereka bergurau dengan mengatakan saya tidak mungkin akan merangkul gelaran ini suatu hari nanti.

“Tetapi lihatlah kali ini, bila nenek saya melihat saya bersama gelaran itu, dia mengakui cukup bangga dengannya,” ujarnya menerusi temu bual bersama People.

Michael mula menjadi perhatian ramai selepas membawakan watak antagonis sebagai Erik Killmonger dalam filem Black Panther.

Iklan

Bintang ini juga akan tampil dengan sebuah filem action thriller, Without Remorse  tahun hadapan, yang menyaksikan Michael memegang watak sebagai bekas anggota Navy SEAL yang menjadi CIA kerana ingin membalas dendam atas kematian kekasihnya.

Michael mula menyertai industri lakonan seawal usia 12 tahun dan mula menjadi perhatian selepas membintangi filem Black Panther dua tahun lalu.

Sementara itu, John Legend menerusi akaun Twitter miliknya turut mengucapkan tahniah kepada Michael.

Iklan

Ujarnya, dia kini tidak lagi perlu bimbang tentang kenaikan berat badan sepanjang tempoh kuarantin ini kerana gelaran tersebut sudah bertukar tangan.

“Tahniah kepada adikku, Michael B! Dan terima kasih! Sekarang saya boleh terus naikkan berat badan dalam tempoh kuarantin ini dengan tenang tanpa tekanan untuk mengekalkan gelaran itu ( ‘Sexiest Man Alive’),” tulisnya.

Komen dari John Legend.