BIARPUN sebelum ini pernah menafikan dirinya sedang berbadan dua, penyanyi popular Ernie Zakri sekali lagi dihujani pertanyaan sama apabila penampilannya menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagramnya mencuri perhatian ramai pada Ahad.

 

Menerusi video tersebut, ramai mendakwa dapat melihat ‘baby bump’ penyanyi Gundah itu dan masing-masing teruja menitipkan ucapan tahniah buat Ernie, 29, dan suami, Syamel.

Pelakon Elfira Loy dan Idayu AF antara selebriti yang turut tidak ketinggalan meninggalkan komen yang seolah-olah turut bersetuju dengan tekaan peminat serta pengikut Ernie di Instagram.

“I can see already, ahh cute,” tulis Elfira.
“Jalan slow-slow adik yaa,” ujar Idayu.

Iklan

Bagaimanapun Ernie tidak membalas mana-mana komen tersebut dan mahupun memberikan sebarang reaksi.

Apapun ramai mendoakan yang terbaik buat Ernie dan mengharapkan spekulasi tentang kehamilannya menjadi kenyataan.

Iklan

Ernie dan Syamel selamat disatukan di Masjid Puncak Alam, Selangor, pada 23 Mac lalu.