SEJAK beberapa jam lalu, nama Mawar Rashid menjadi perhatian ramai setelah dia dilihat mempertahankan Noor Neelofa Mohd Noor dan berharap pelakon, pengacara, dan usahawan itu tidak dipenjarakan atas kesalahan melanggar prosuder operasi standard (SOP).

Ramai yang mengecam Mawar atas komen yang diberikan kerana merasakan Neelofa tidak sewajarnya dipenjarakan memandangkan dia banyak berjuang untuk Palestin.

Penjelasan yang dibuat oleh Mawar.

Bagaimanapun Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 26, tampil memperjelaskan komen yang sebelum ini ditinggalkan menerusi medium Instagram itu.

Menurut Mawar, dia menyedari ayat yang ditulis tidak jelas sehingga membuatkan ramai pihak memahaminya

“Bertenang semua… ada salah faham ni. Dan Mawar pun salah tak tulis betul-betul dan ayat pun tak penuh sampai buat anda semua marah and serang Mawar. Sorry semua.

“Baca balik statement Mawar : “Harap dapat diselesaikan dengan cara yang baik”. Maksud Mawar kat sini, kalau kena kompaun/denda lagi, memang patut kena bayar. Dan kalau mahkamah dah putuskan kena penjara, Mawar hormati keputusan mahkamah.

“Cuma bila bercakap pasal ‘penjara’, bunyi itu menakutkan. Mawar pun turut rasa takutlah sebab Mawar ni sejenis cepat kesian kat orang.

“Mawar tak bermaksud pun cakap sebab dia berjuang pasal Palestin tu, dia boleh langgar SOP. Yang salah tetap salah dan Mawar hormati apa saja keputusan mahkamah untuk yang bersalah,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN : Neelofa, PU Riz Sedondon Ke Mahkamah, Mengaku Tidak Bersalah Langgar SOP PKPB

Tambah Mawar, dia juga bersimpati dengan barisan hadapan terutamanya petugas kesihatan yang bertungkus-lumus merawat mereka yang positif Covid-19.

“Mawar pun kesian dan simpati juga kepada Frontliner, rakyat dan semua yang terlibat dalam Covid-19 ni. Lagi-lagi hari ini dah hamoir 7,000 org positif dalam Malaysia. Mawar lagi la risau tentang Covid.

Iklan

“Jadi Mawar minta maaf sebab buat kenyataan kurang jelas tadi. Anda semua jaga diri ok.

“Selamat hari raya, maaf zahir batin,” akhirinya.

Dalam pada itu, suami Mawar, Raf Yaakob turut menegur segelintir netizen yang menegur dengan cara kurang beradab.

Iklan

“Masing-masing yang nak tegur Mawar tu pun, tegurlah dengan penuh ADAB. Maki-maki, perli-perli, kutuk-kutuk tu BUKAN cara kita sebagai orang Islam. Istighfar banyak-banyak,” tulisnya.

Ada yang bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh Mawar dan tidak kurang juga yang berharap Neelofa dipenjarakan kerana kesalahan berulang yang dilakukannya.

BACA JUGA : “Pakai Niqab Tak Perlu Pakai Face Mask Ke?- Netizen Dakwa Neelofa Tidak Pakai Pelitup Muka Ke Mahkamah