Ditidurkan untuk rehatkan paru-paru, Shuib syukur abang ipar sudah sedar

Untitled design (85)
Untitled design (85)
A
A
A

PELAWAK Shuib berkongsi berita gembira berkenaan abang iparnya, Ahmad Firdous Raissuddin yang sudah sedarkan diri selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang akibat Covid-19 pada Rabu.

Usahawan dan pelakon itu turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan abang Allahyarham Siti Sarah Raisuddin itu.

“Allahu Akhbar. Allah Maha Besar. Syukur dah buka mata. Terima kasih pada yang mendoakan,” katanya menerusi Instagram miliknya.

Shuib turut berkongsi paparan skrin panggilan video yang dibuat bersama bapa mentuanya, Raissuddin Hamzah dan Ahmad Firdous yang dilihat sudah boleh tersenyum.

Anggota kumpulan Sepahtu itu turut mengajak semua pihak mendoakan pesakit-pesakit Covid-19 yang lain.

“Kita sambung doa untuk orang lain yang bertarung nyawa. Kita harap semua dapat kembali sihat dan balik berjumpa keluarga,” ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca