JIKA sebelum ini, kecoh sebuah filem hebat telah ditolak untuk ditayangkan di stesen televisyen berbayar.

Filem yang dimaksudkan adalah Frontliner dan alasan naskhah itu tidak disiarkan di stesen berkenaan tidak dinyatakan.

Bagaimanapun, ramai penonton tempatan lega apabila laman penstriman Netflix bersetuju untuk menayangkan karya berkualiti itu yang dilakonkan oleh pelakon handalan tempatan pada hujung bulan ini.

Untuk pengetahuan semua pembaca SinarPlus, filem tersebut menceritakan tentang situasi petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus sepanjang pandemik Covid-19 menyerang negara.

Karya berkenaan sudahpun siap sejak tahun lalu lagi, namun dek berdepan pelbagai kepayahan dan kesukaran seperti tidak mendapat kerjasama daripada stesen televisyen berbayar, itu sebab Frontliner tidak dapat menemui penonton.

Selain terpaksa ditangguhkan dalam tempoh yang agak lama, pihak produksi turut dikatakan telah ditipu oleh ejen yang kononnya yang mahu membantu untuk pitch untuk tayangan di Netflix.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Perkara tersebut telah didedahkan oleh salah seorang individu kuat yang terlibat dalam pembikanan filem itu.

“Semoga ia memberi impak. Walaupun tidak besar namun memadai dengan sedikit kesan sudah cukup.

“Kita semua manusia. Terima kasih Frontliner,” tulisnya di Facebook.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sudah tidak sabar ingin menonton filem berkenaan.

Iklan

Mereka meluahkan rasa terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan di atas pengorbanan yang tiada henti yang kemudian diiktiraf dan dipersembahkan dalam bentuk filem.

Frontliner menampilkan pelakon-pelakon unggul tanah air seperti Azhan Rani, Beto Kusyairi, Wan Maimunah, Emma Maembong dan ramai lagi.

Iklan

Baca juga: Squid Game, no. 1 di Neflix, ini 10 fakta drama tersebut

Jadi, buat semua pembaca SinarPlus, ayuh menyokong karya tempatan dengan sama-sama menonton filem yang bakal ditayang itu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!