Dituduh jual barang terlarang, Lan Pet Pet beri penjelasan

Untitled design (86)
Untitled design (86)
A
A
A

NAMA Lan Pet Pet sekali lagi menjadi perhatian ramai setelah video yang memaparkan dia seolah-olah menjual barang terlarang tular di media sosial.

Menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu, Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad menjelaskan, urusan jual beli yang dilakukan di tepi jalan itu sebenarnya adalah produk khas semburan untuk lelaki yang dibuat daripada bahan organik.

“Saya nak jelaskan yang saya tidak menjual barang-barang terlarang. Barang yang saya jual ni memang khas untuk kaum Adam (lelaki) sahaja. Just for men only.

“Lelaki dalam video berkenaan tidak reti membuat urus niaga secara atas talian, kebetulan saya berada di Alor Star, jadi saya sendiri hantarkan kepadanya,” jelasnya ditemui media dalam satu sidang akhbar di hadapan Kompleks Mahkamah Shah Alam pada petang Jumaat.

Bagaimanapun, apa yang dikesalkan adalah video yang diambil dan disebarkan itu bukan video penuh serta telah disunting.

“Tolong jangan aibkan orang, jangan buat benda yang tidak elok. Lepas  itu, kalau nak ambil video, ambil yang full saya tak marah. Ambil sekerat-sekerat dan ia telah mengaibkan saya,” ujarnya.

Ditanya adakah video tersebut sebahagian daripada gimik pemasaran, anggota kumpulan Senario itu menafikannya.

Lan, 52,  juga mengambil keputusan untuk memaafkan mereka yang telah menyebarkan video berkenaan dan tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang seperti yang dimahukan sebelum ini.

“Saya bercadang nak ambil tindakan undang-undang, tetapi peguam nasihat tidak perlu berbuat demikian. Peguam hanya pesan supaya jelaskan perkara yang sebenar dan bersihkan nama saya.

“Selain itu, saya ingin memaafkan mereka yang telah memaki saya… saya maafkan anda dunia dan akhirat,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca