PENGACARA terkenal, Azwan Ali atau dikenali dengan panggilan Diva AA digugurkan sebagai pengacara program MIC ON! musim kedua.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas berkata, penguguran Azwan sebagai pengacara rancangan itu berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas.

“Pihak pengurusan Awesome TV mengambil keputusan untuk menggugurkan selebriti Azwan Ali daripada tugas pengacaraan bagi program realiti itu berkuat kuasa serta-merta.

“Sehubungan dengan itu, pentas utama MIC ON! yang akan berlangsung pada hari Jumaat ini akan dikendalikan secara solo oleh pengacara bersama sedia ada, Issey Fazlisham,” katanya.

Dalam kenyataan yang diberikan, pengguguran itu terpaksa dilaksana bagi memastikan keharmonian pihak produksi.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor utama demi memastikan keharmonian penerbitan keseluruhan program MIC ON! untuk musim ini dapat diteruskan dengan lancar bagi menghormati semua pihak yang terlibat.

“Perlu ditegaskan di sini bahawa pihak Awesome TV tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang hal-hal berkaitan dengan disiplin dan standard etika kerja bagi mana-mana pihak sama ada di kalangan tenaga produksi sendiri mahupun bakat yang terlibat dengan program-program terbitan kami.

“Pihak Awesome TV juga tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk salah laku atau gangguan yang boleh mencetuskan ketidakharmonian,” katanya.

Baca juga: #SiBibirMerah: Azwan Ali trending di Twitter, jadi pilihan utama berbanding Neelofa

Adam turut menegaskan bahawa tindakan keras akan diambil sekiranya berlaku sebarang pelanggaran integriti prinsip tersebut.

Iklan

Rancangan berkonsepkan pertandingan nyanyian komedi terbitan Awesome TV yang menampilkan tiga penggiat seni tersohor tanah air, Datuk Awie, Datuk Hattan dan Mas Idayu sebagai juri tetap.

MIC ON! sebuah program realiti bertemakan pertandingan nyanyian komedi bersiaran pada setiap hari Jumaat jam 9.00 malam di saluran Awesome TV (Astro 123) atau MyTV (112).

Terdahulu, seramai 15 peserta berjaya diserap masuk untuk bersaing pada konsert mingguan MIC ON! musim kedua bagi merebut gelaran juara.

Iklan

Kesemua peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan yang diterajui oleh selebriti Fad Bocey, Ropie dan Ajak Shiro yang menggalas tanggungjawab sebagai ‘Manager’ untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada peserta.

Baca juga: Jangan Jadi Batu Api, Pesan Azwan Ali Kepada Netizen

Jangan lupa follow kami di Instagram!