'Doakan babah kuat.' Ditidurkan akibat komplikasi buah pinggang, anak Hamdan Senario pohon doa orang ramai

A
A
A

'DOAKAN babah kuat.'

Demikian hantaran Insta Story anak pelawak dan anggota kumpulan Senario, Hamdan, 55, yang terpaksa ditidurkan kerana mengalami komplikasi buah pinggang selepas mengalami demam dan cirit-birit.

Muhamad Syazreen Haqem, 24, memohon doa daripada warga maya buat bapanya.

"Assalamualaikum, saya Haqem anak kepada Ahmad Hamdan bin Mohammed Ramli atau dikenali sebagai Hamdan Senario.

"Di sini saya ingin meminta doa daripada kalian untuk babah terus kuat dan sihat seperti sedia kala," titipnya.

Sementara itu dalam perkembangan terkini, isteri Hamdan, Norhamalini Ahmed, 54, memberitahu, suaminya berupaya menggerakkan mata dan bibir ketika dia melawatnya.

“Semalam pukul 4.30 petang akak (kakak) pergi lawat dia, akak bisik, zikir tepi telinga dia, ada respons. Dia cuba nak buka mata, cuba gerak bibir mungkin nak cakap apa-apa. Kita tak tahu tapi ada respons, alhamdulillah.

“Kemudian doktor kata dos ubat tidur untuk dia telah dikurangkan. Jadi, kalau hari ini keadaan semakin baik, mungkin tak perlu tambah dos, kalau tak baharu tambah dos,” katanya.

Norhamalini yang memiliki empat cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan Hamdan berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesembuhan suaminya.

Baca juga: Jangan ambil mudah jika terkena cirit-birit, air perlu cukup elak kerosakan ginjal

Baca juga: Hati-hati. Sakit perut, cirit-birit, darah dalam najis antara simptom radang usus

Baca juga: Bertahun-tahun baru tahu sakit buah pinggang, awas jika ada 8 tanda ini

Berita duka pelawak itu ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada Ahad mengejutkan orang ramai terutama para peminat Senario.

Terkenal dengan humor bersahaja, Hamdan ditidurkan susulan masalah jangkitan kuman dalam darah.

Hamdan atau nama sebenar, Ahmad Hamdan Mohamed Ramli, bertandang ke Johor Bahru bersama anggota Senario lain untuk menjayakan acara Wonderful Night with Senariounion, pada malam Ahad.

Bagaimanapun, Hamdan dilaporkan terpaksa ditidurkan selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah pada petang sebelum acara itu berlangsung.

Menurut Haqem berkata, mereka sekeluarga juga terpaksa tinggal di hotel di Johor Bahru kerana perlu berulang alik ke hospital sepanjang tempoh Hamdan dirawat di sana.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca