‘Doakan mereka semua negatif’ – Aeril Zafrel positif kali kedua, bimbang isteri dan anak-anak

Untitled design (57)
Untitled design (57)
A
A
A

PELAKON popular, Aeril Zafrel berkongsi berita mengejutkan apabila disahkan positif virus Covid-19 buat kali kedua dalam tempoh tujuh bulan.

Menurut Aeril, lebih mengejutkan dia tidak ke mana-mana dan hanya duduk di rumah memandangkan tempoh kawalan pergerakan sedang dikuatkuasakan.

“Positif Covid lagi. Tahun ni je dah dua kali kena. Padahal duduk rumah je.

“Ada yang macam ni? Duduk rumah pun positif?” kongsinya menerusi Instagram.

Aeril sebelum ini berkongsi mengenai dirinya yang dijangkiti virus Covid-19 pada Januari lalu.

Dalam pada itu, Aeril turut meminta semua pihak mendoakan isterinya, Wawa Zainal dan tiga anak mereka, Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya, setahun tidak dijangkiti virus itu.

“Kesian mereka kena buat ujian calitan. Doakan mereka semua negatif,” ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca