PENYANYI yang juga anggota kumpulan nasyid UNIC, Fakhrul, selamat menjalani pembedahan kecil di bahagian hidungnya, pada Rabu.

Pembedahan tersebut dijalankan susulan masalah hidung tersumbat yang dihadapinya sebelum ini.

Fakrul atau nama penuhnya Mohd Fakhrul Radhi, 34, berkongsi perkembangan tersebut menerusi laman Instagramnya semalam.

“Alhamdulillah selamat menjalani pembedahan pagi tadi. Terima kasih doktor dan jururawat @kjmcofficial.

“Kena bius power punya. Doktor baru saja ajar mengucap dan baca bismillah, tak sempat habis ikut, sedar-sedar dah siap.

“Tapi mujur tak jaga, ngeri juga bila tengok contoh sinus surgery kat YouTube,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Fakhrul lagi, turut memohon orang ramai agar mendoakan kesihatannya.

“Sekarang tengah recover balik hidung bleeding. Jadi doktor letak packing. Sehari pada hari ini kena survive bernafas ikut mulut. Boleh lemas. Hopefully, esok luka sembuh dan boleh remove packing dalam hidung.

Iklan

“Sajalah nak kongsi pada semua, Maha suci Allah yang mencipta kita, tengoklah macamana rupa dalam hidung kita tu.

“Syukur banyak-banyak Allah bagi kita bernafas. Doakan saya,” katanya.

Iklan

 

(FOTO: Instagram Faktul UNIC)